web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Derek Chauvin Dihukum Penjara 22.5 Tahun Kerana Bunuh George Floyd

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 9:43AM

Derek Chauvin - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas anggota polis Minnesota, Derek Chauvin dihukum penjara selama 22 dan enam bulan selepas didapati bersalah membunuh George Floyd, pada Mei tahun lalu, hingga mencetuskan tunjuk perasaan anti-rasis besar-besaran di seluruh Amerika Syarikat.

Chauvin, 45, telah disabitkan oleh juri atas semua tiga tuduhan terhadapnya: pembunuhan darjah kedua, pembunuhan darjah ketiga dan bunuh tanpa niat.

Dia tiba di mahkamah pada Jumaat dengan memakai sut berwarna kelabu, dua bulan selepas juri mendapati Chauvin bersalah atas tiga tuduhan berkaitan kematian Floyd.

Perbicaraan itu menyaksikan 45 saksi termasuk pemerhati, pegawai polis dan pakar perubatan memberikan keterangan.

Dakwaan paling serius ialah tuduhan pembunuhan darjah kedua, yang membawa hukuman penjara maksimum 40 tahun.

Hukuman itu diputuskan oleh hakim Peter Cahill, dan merupakan tambahan 10 tahun ke atas garis panduan hukuman untuk pembunuhan darjah kedua.

Pendakwaraya sebelum ini berhujah Chauvin perlu menerima hukuman berat atas faktor perlakuan kejam ke atas Floyd.

Peguam Chauvin dijangka memfailkan rayuan terhadap hukuman berkenaan, menurut media Amerika Syarikat.

Dalam kejadian pada tahun lepas itu, Floyd ditahan selepas dituduh menggunakan wang kertas AS$20 palsu untuk membeli rokok di sebuah kedai runcit.

Bekas pegawai polis berusia 45 tahun itu telah dirakamkan berlutut sambil menekan leher Floyd selama lebih sembilan minit. 

Bedah siasat yang dijalankan ke atas Floyd mendapati kematiannya akibat sesak nafas.

Kejadian itu dirakamkan oleh seorang individu dan video berkenaan telah mengejutkan dunia hingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di negara berkenaan. - Kyodo News

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad