web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Hasilkan Vaksin COVID-19 Dengan Kadar Keberkesanan 92 Peratus

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 12:13PM

Vaksin Abdala (kanan) sudah mula digunakan di Cuba. - Gambar dari Twitter BioCubaFarma

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HAVANA - Calon vaksin coronavirus dari Cuba, Abdala, menunjukkan keberkesanan melawan virus COVID-19 sebanyak 92 peratus selepas tiga dos, kata pengeluarnya.

Namun pengeluarnya tidak mendedahkan jika keberkesanan ini diukur terhadap jangkitan, penyakit ataupun kematian.

Cuba sedang menghasilkan lima vaksin coronavirus, dan mula memvaksin penduduk negara itu menggunakan dua daripadanya, yang belum habis ujian klinikal pada bulan lepas.

Makmal BioCubaFarma menaikkan ciapan bahawa Abdala - salah satu daripada dua vaksin yang sudah mula digunakan, menunjukkan kadar keberkesanan 92.28 peratus selepas tiga dos.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menetapkan kadar keberkesanan sebanyak 50 peratus diperlukan untuk menawarkan perlindungan daripada virus ataupun penyakit.

Pengumuman itu dibuat selepas dua hari pihak berkuasa mengumumkan bahawa satu lagi vaksin iaitu Soberana 2, yang juga dihasilkan di Cuba, mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 62 peratus selepas pengambilan dua dos.

Setakat ini Cuba tidak terkesan dengan teruk namun negara itu menyaksikan kenaikan mendadak dalam kes jangkitan COVID-19.

Negara komunis itu merekodkan 1,561 kes jangkitan pada Isnin dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini Cuba melaporkan 169,000 kes jangkitan dan 1,170 kematian.

Negara yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat, Cuba sudah lama menghasilkan vaksin sendiri sejak 1980-an.

Hampir 80 peratus vaksin yang digunakan dihasilkan di negara itu dan ia berharap dapat menghasilkan penawar coronavirus pertama yang dihasilkan di Latin Amerika. - AFP

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad