Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terpisah Antara Johor-Singapura Lebih Setahun, Telefon Jadi Pengganti

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 11:30AM

Muhd Hafizuddin Ismail - Gambar beritaharian.sg

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANAK lelaki Muhd Hafizuddin Ismail yang berusia empat tahun berdoa setiap hari agar beliau, yang bekerja di Singapura, dapat pulang menjenguk keluarganya di Ulu Tiram, Johor.

Hampir setahun mereka tidak berjumpa disebabkan pandemik COVID-19.

Menurut Hafizuddin, 30, doa itu juga dibacakan anaknya setiap hari apabila mereka 'bertemu' di alam maya menerusi panggilan video.

Teknisyen farmasi dengan Raffles Medical Group di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi itu tidak dapat pulang ke Johor sejak Julai tahun lalu.

Beliau, yang bekerja di Singapura sejak lima tahun lalu, sempat pulang ke Johor sehari sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksana di Malaysia pada 18 Mac tahun lalu.

Apabila PKP dilaksana, beliau 'terkandas' di Johor lebih tiga bulan sebelum dibenarkan masuk semula ke Singapura pada Julai tahun lalu.

Menurut Hafizuddin, sebelum itu majikannya memohon dua kali untuk beliau masuk lebih awal tetapi ditolak pihak berkuasa di sini.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, selama setahun sejak kembali ke Singapura, beliau menahan rasa rindu terhadap isteri dan dua anak kecilnya, yang berusia empat tahun dan enam bulan.

"Sekarang saya hanya menyimpan cuti dan wang untuk pulang apabila keadaan kembali sediakala. Saya berharap agar kes COVID-19 terus menurun untuk kebaikan bersama,'' ujarnya.

Hafizuddin kini bertugas di Terminal 3 menguruskan pendaftaran orang menjalani ujian swab di situ. Dalam sehari beliau mengendalikan lebih 300 orang menjalani ujian.

"Saya kerap mencuci tangan dan menjaga diri. Apabila pulang ke rumah, terus mandi supaya kekal bersih, menjaga kesihatan diri.

"Saya juga telah mendapat dua dos penuh vaksin COVID-19 di Singapura, lebih awal kerana bekerja di Terminal 3," ujarnya.

Hafizuddin yang menyewa bilik di Ang Mo Kio pada kadar sewa $350 sebulan, berkata sebelum PKP, beliau berulang-alik menaiki motosikal antara Ulu Tiram dan Singapura setiap hari.

Lulusan diploma bidang farmasi Kolej Antarabangsa dan Teknologi Perlis itu bekerja kilang selama dua tahun di Pulau Pinang sebelum datang ke Singapura.

Bapa mentuanya, yang bekerja di Singapura sebagai pemandu bas Tower Transit, memberitahunya mengenai peluang pekerjaan di sini.

"Sekarang, bapa mentua saya pula terkandas di Ulu Tiram untuk uruskan perkahwinan adik ipar saya. Dia balik sebelum Hari Raya.

"Bapa mentua sayalah yang menjenguk isteri dan akan-anak saya di Ulu Tiram. Hari Raya lalu kami hanya bertemu di alam maya,'' katanya, sayu.

Jelasnya, memang terlintas di hati untuk pulang ke Ulu Tiram, tetapi kos menjalani kuarantin di Malaysia selama tiga minggu dan di Singapura apabila pulang ke sini berjumlah sekitar RM12,000 ($3,850).

"Melihat jumlah kos itu dan cuti kuarantin yang perlu diambil hingga lima minggu, ia memang tidak praktikal.

"Saya akan terus bertahan di Singapura dan merancang bekerja lama di sini,'' ujar Hafizuddin, pemegang permit kerja yang diperbaharui setiap dua tahun. - beritaharian.sg

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Sukan 11 jam yang lalu

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Semasa 1 hari yang lalu

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

Semasa 1 hari yang lalu

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM