Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Israel Diserang Lebih 200 Dron, Peluru Berpandu Iran

Luar Negara Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2024 12:31PM

Serangan peluru berpandu Iran terhadap Israel. - gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lebih 200 dron pembunuh dan peluru berpandu dilancarkan Iran terhadap Israel, sekitar jam 8 malam Sabtu, waktu tempatan.

Ia dikatakan sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April lalu, yang mengorbankan tujuh pegawai anggota Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRG) termasuk dua komander kanannya.

Dilaporkan, serangan yang mengambil masa beberapa jam untuk tiba di Israel, dapat dilihat melintasi ruang udara Iraq.

Media antarabangsa melaporkan, letupan didengari di seluruh Israel, termasuk di Tel Aviv dan Baitulmaqdis Barat manakala siren serangan udara kedengaran di lebih 720 lokasi.

Pasukan tentera Israel dikatakan cuba memintas serangan berkenaan dan mendakwa ia berjaya memintas sebahagian besar daripada serangan berkenaan di luar sempadan wilayahnya, dengan bantuan pasukan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Pada masa sama, wakil Iran ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan negara itu menganggap isu serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik sebagai ‘selesai’ susulan serangan malam Sabtu itu.

Iran juga memberi amaran kepada Israel bahawa ia akan berdepan dengan ‘tindak balas yang lebih teruk’ jika rejim itu ‘melakukan kesilapan lain’.

Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat kecemasan susulan permohonan Israel, pada jam 4 petang Ahad waktu New York.

Iran, Jordan, Labenon dan Israel ketika ini dikatakan sudah menutup ruang udara masing-masing manakala beberapa syarikat penerbangan menangguhkan penerbangan ke rantau berkenaan.

Semalam, syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS), dalam satu kenyataan media kepada BERNAMA, memaklumkan akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Selain MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat penerbangan pertama yang mengubah laluan penerbangan buat sementara waktu susulan kebimbangan serangan Iran terhadap Israel.

German Press Agency (dpa) melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Jumaat, beliau berasa Iran akan melancarkan serangan terhadap Israel 'lebih cepat dari jangkaan'.

Pada masa sama, Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan tambang murah, Scoot sudah mengubah laluan penerbangannya dengan mengelak ruang udara Iran, selepas negara itu melancarkan serangan pertamanya terhadap Israel. – Getaran, 14 April 2024

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 21 jam yang lalu

Pemimpin Industri, Perniagaan Antarabangsa Nyata Minat Melabur Di Malaysia – PM

oleh Fida Ruzki

Semasa 17 jam yang lalu

Chegu Bard Akan Berdepan 1 Lagi Pertuduhan Di Mahkamah Berkait Isu Forest City

oleh Diyana Nawwar