Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gaza Di Ambang Kebuluran, Malapetaka Kemanusiaan

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 6:01PM

Keadaan di Gaza memerlukan tindakan kemanusiaan segera. - gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Pemimpin Kesatuan Eropah Charles Michel dan Ursula von der Leyen pada Khamis mengeluarkan kenyataan tegas berhubung keperluan tindakan kemanusiaan segera di Gaza selain mengulangi sokongan Kesatuan Eropah (EU) untuk penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Dalam sidang media bersama selepas hari pertama sidang kemuncak Majlis Eropah di Brussels, Michel menekankan situasi yang sangat teruk dan memberi amaran supaya tiada sebarang serangan darat di bandar Rafah di selatan Gaza.

"Bayangkan apa akibatnya jika operasi sebegitu dilancarkan," katanya sambil menggariskan kemungkinan kesan kemanusiaan yang dahsyat daripada tindakan sedemikian.

Beliau mengulangi pendirian EU terhadap undang-undang antarabangsa, khususnya mengutuk penempatan haram Israel dan menyokong proses politik disambung semula.

Menyuarakan sentimennya, von der Leyen menekankan keperluan mendesak untuk jeda kemanusiaan yang membawa kepada gencatan senjata yang berterusan di Gaza. 

"Gaza berada di ambang kebuluran, situasi kemanusiaan yang dahsyat," katanya.

Beliau berkata, Majlis Eropah sebulat suara menyokong langkah untuk akses kemanusiaan penuh, cepat, selamat dan tanpa halangan ke Gaza, dengan pengesahan khusus koridor maritim dari Cyprus untuk meningkatkan usaha penyampaian bantuan.

Pemimpin itu secara bersama menggesa penyediaan bantuan kemanusiaan penting untuk meringankan keadaan teruk yang dihadapi oleh warga Gaza.

Mereka menekankan keperluan 500 trak atau setara memasuki Gaza setiap hari melalui semua laluan yang ada, termasuk darat, udara dan laut. 

Pemimpin itu juga mengulangi komitmen teguh EU untuk mencapai keamanan yang berkekalan dan mampan berdasarkan penyelesaian dua negara.

"Kami menggesa kerajaan Israel untuk tidak melakukan serangan darat di Rafah," kata von der Leyen. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Harap Terminal Baharu LTSIP Jana Lebih Banyak Peluang Ekonomi Di Kelantan

Semasa 5 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Politik 1 hari yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar