Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jerman, Malaysia Berperanan Dalam Menyelesaikan Konflik Gaza - Anwar

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 3:52PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HAMBURG - Jerman dan Malaysia mesti menggunakan pengaruh mereka untuk mencapai penyelesaian secara damai dalam konflik di Gaza, walaupun kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai konflik itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

"Apa yang penting adalah bagi kita (Malaysia), untuk Jerman menggunakan pengaruh kita untuk mencapai penyelesaian secara damai terhadap masalah ini.

“Apa yang diperlukan sekarang adalah gencatan senjata secara kekal," kata Anwar dalam satu wawancara dengan Agensi Berita Jerman (dpa). 

Dalam wawancara itu, Anwar memuji Canselor Jerman Olaf Scholz kerana "sangat memahami" dalam usaha untuk memahami kedudukan Malaysia, sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam terhadap Gaza dan organisasi Hamas.

"Saya tidak terpengaruh dengan propaganda ini. Kami melihat mereka sebagai pejuang kebebasan", kata Anwar yang tiba di Berlin pada 10 Mac untuk lawatan rasmi enam hari ke Jerman.

Walaupun mustahil untuk memadamkan sejarah, Anwar menekankan keperluan sekarang untuk mengusahakan penyelesaian damai terhadap konflik itu.

Beliau berkata, "kehidupan, harta benda, maruah" rakyat Palestin mesti dihormati. 

Lebih 31,000 orang telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza hampir lima bulan lepas.

Pada Isnin, Anwar telah mengadakan perbincangan dengan Scholz dan Presiden Frank-Walter Steinmeier.

Pada perbincangan itu, Bernama melaporkan bahawa Malaysia dan Jerman telah menggesa gencatan senjata secara kekal di Semenanjung Gaza, serta pembebasan tebusan dan bantuan kemanusiaan segera kepada rakyat Palestin.

Dalam membuat gesaan itu, Anwar dan Scholz berkata, masyarakat antarabangsa juga perlu berusaha untuk penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik selama beberana dekad di Asia Barat itu 

Dalam temu bual itu, dpa turut memetik Anwar sebagai berkata bahawa lebih 700 syarikat Jerman sudah aktif di Malaysia, termasuk pengeluar cip Infineon. - BERNAMA-dpa

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 3 jam yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 22 jam yang lalu

Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan

Semasa 23 jam yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran