web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arab Saudi: Menteri Pertahan Keputusan Hadkan Pembesar Suara Dalam Masjid

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 11:08AM

Pihak berkuasa Arab Saudi telah melaksanakan had pembesar suara di masjid. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan Arab Saudi mempertahankan peraturan menghadkan bunyi pembesar suara di dalam masjid, iaitu satu keputusan yang mencetuskan kecaman daripada sesetengah pihak.

Menurut Menteri Hal Ehwal Islam, Abdullatif al-Sheikh, peraturan baru itu dibuat selepas mendapat aduan mengenai bunyi yang kuat.

Beliau berkata, bunyi yang kuat telah menyebabkan gangguan kepada kanak-kanak dan orang tua.

''Mereka yang ingin bersembahyang tidak perlu menunggu panggilan daripada imam. Mereka harus berada di dalam masjid,'' katanya menerusi rakaman video yang disiarkan oleh stesen televisyen.

Beberapa saluran televisyen juga, katanya menyiarkan doa dan bacaan al-Quran, justeru ia menunjukkan bahawa pembesar suara mempunyai tujuan yang terhad.

Dalam polisi baru yang ditetapkan minggu lepas, Kementerian Hal Ehwal Islam menyatakan bahawa bunyi pembesar suara itu tidak boleh melebihi satu pertiga daripada had maksimum.

Polisi berkenaan, yang turut menghadkan bunyi pembesar suara terutama untuk azan berbanding menyampaikan ceramah, telah mencetuskan kontroversi di media sosial dengan banyak pihak menggesa bunyi muzik yang kuat di restoran dan kafe juga sepatutnya dilarang.

Abdullatif bagaimanapun berkata, kritikan terhadap polisi berkenaan disebarkan oleh musuh yang mahu memecah belahkan rakyat. - middleeasteye.net

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad