web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PBB Lapor Penularan Wabak Hepatitis Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 3:11PM

Penyerahan bantuan di kawasan sekitar selatan Gaza termasuk bekalan air, makanan, ubat-ubatan, selimut dan lain-lain keperluan. gambar FB UNRWA 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu melaporkan penularan wabak hepatitis dalam kalangan penduduk Palestin di pusat perlindungan di Gaza.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan berkata, wabak hepatitis dilaporkan di pusat-pusat perlindungan yang dikendalikan oleh Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut kenyataan itu, penduduk masih menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan air minuman di Bandaraya Gaza dan di wilayah utara kerana kebanyakan kemudahan pengeluaran air masih ditutup akibat kekurangan bahan api, manakala sebahagiannya rosak.

Air digunakan penduduk ketika ini diambil daripada telaga persendirian dan telaga UNRWA yang menimbulkan kebimbangan serius mengenai penyakit bawaan air akibat penggunaan air daripada sumber tidak selamat.

Sistem Penjagaan Kesihatan Lumpuh

Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga menekankan keperluan segera untuk perlindungan, makanan, air bersih, tempat tinggal, sanitasi dan perubatan untuk orang awam di Gaza dengan memberi amaran kesesakan akibat pemindahan besar-besaran dan keadaan hidup yang tidak selamat meningkatkan risiko penyakit.

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza Munir al-Bursh berkata, sistem penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza lumpuh sepenuhnya akibat kekurangan serius sumber perubatan dan peralatan menyelamatkan nyawa. 

Menurut beliau, sebanyak 26 hospital dan 55 pusat kesihatan di Semenanjung Gaza telah ditutup akibat serangan Israel.

Seramai 15,207 rakyat Palestin telah terbunuh akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.

Bilangan mereka yang dilaporkan hilang telah meningkat kepada lebih 7,500 orang sama ada terperangkap di bawah runtuhan atau nasib mereka tidak diketahui, manakala jumlah kecederaan mencecah 40,650 orang. 

100,000 Bom Dan Roket Digugurkan Di Gaza 

Pengarah Pegawai Media Kerajaan di Gaza, Ismael Al-Thawabteh pada sidang media pada Sabtu berkata, Israel menyerang wilayah terkepung itu dengan kira-kira 100,000 bom dan roket sejak konflik bermula.

Beliau berkata, terdapat beberapa bom seberat 2,000 paun digugurkan yang menyasarkan orang awam.

Al-Thawabteh juga mengecam dasar sekatan yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan, menggesa kemasukan harian sebanyak seribu trak yang membawa bantuan dan bekalan, selain satu juta liter bahan api untuk menyelamatkan apa sahaja yang boleh diselamatkan daripada konflik itu, menurut Xinhua.

Beliau menggesa kemasukan ratusan peralatan dan jentera untuk bantuan, pasukan tindak balas kecemasan dan pertahanan awam untuk mengeluarkan ratusan mayat yang masih tertimbus di bawah runtuhan.

“Penghantaran ini perlu untuk membersihkan sisa runtuhan akibat pengeboman dan kemusnahan ratusan ribu rumah, sekolah, hospital, jalan raya, dan kemudahan kritikal,” tegas Al-Thawabteh. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

SNCC Jawab Kritikan Netizen, ‘Misi Ke Gaza Akan Tetap Diteruskan’

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar