web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


India Bantah ‘Peta Standard’ China

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 3:43PM

Peta standard China yang dimuatnaik di laman sesawang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - India menolak "peta standard" baharu China yang menunjukkan negeri Arunachal Pradesh sebagai sebahagian wilayah China.

"Kami hari ini telah mengemukakan bantahan keras melalui saluran diplomatik mengenai apa yang dipanggil 'peta standard' China 2023 yang menuntut wilayah India," kata jurucakap Kementerian Luar Arindam Bagchi dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Kami menolak dakwaan itu kerana ia tidak mempunyai asas. Langkah pihak China itu hanya merumitkan lagi penyelesaian soal sempadan," katanya.

Peta itu turut termasuk wilayah Aksai Chin yang India anggap sebagai sebahagian daripada Ladakh tetapi telah berada bawah kawalan China sejak 1962.

Edisi 2023 peta standard China dikeluarkan pada Isnin dan dimuat naik di laman sesawang  perkhidmatan peta standard yang dihoskan oleh Kementerian Sumber Asli, menurut media China.

"Peta itu disusun berdasarkan kaedah lukisan sempadan negara China dan pelbagai negara di dunia," menurut tabloid Global Times dalam media sosial.

Pertikaian itu berlaku beberapa hari sebelum Presiden China Xi Jinping dijangka ke New Delhi untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.

India dan China mempunyai tuntutan wilayah yang bertindih di sepanjang garisan kawalan sejauh 3,488 kilometer yang memisahkan kedua-dua negara.

Selain India, Peta Standard China baharu itu juga dilaporkan turut merangkumi kawasan maritim dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad