web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penumpang Terkandas 15 Jam Dalam Kereta Kabel Di Pakistan Diselamatkan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 1:11PM

Penumpang yang terperangkap dalam kereta kabel yang rosak di kawasan Allai Tehsil, barat laut Pakistan berjaya diselamatkan selepas 15 jam terkandas. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISLAMABAD - Komando tentera Pakistan dan sukarelawan tempatan berjaya menyelamatkan kesemua lapan orang termasuk enam pelajar sekolah yang terkandas dalam kereta kabel yang rosak selepas 15 jam, kata pegawai, lapor agensi berita dpa.

Mereka terperangkap pada kira-kira 7 pagi Selasa apabila tiga wayar keluli kereta kabel yang mereka naiki untuk melintasi jurang antara dua gunung terputus, kata pegawai polis tempatan Tahir Ayub.

Perdana Menteri Anwar-ul-Haq Kakar mengumumkan operasi itu selesai kira-kira 11 malam.

Semalam Agensi Anadolu yang memetik akhbar tempatan di Pakistan, Dawn News, melaporkan sekurang-kurangnya enam pelajar sekolah di barat laut Pakistan terkandas di udara selepas wayar kereta kabel yang mereka naiki terputus dalam kejadian di kawasan Allai Tehsil di wilayah Khyber Pakthtunkhawa.

Lapan orang berada dalam kereta kabel itu ketika kejadian berlaku kira-kira 8 pagi waktu tempatan (0300GMT), katanya.

Pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk menyelamatkan penumpang kerana ketinggian kereta kabel itu yang dibina di kawasan berbukit.

"Dua wayar kereta kabel itu terputus ketika di udara menyebabkan penumpang tersangkut pada ketinggian kira-kira 3,000 kaki (914 meter)," kata seorang pegawai tempatan, Mufti Gulamullah.

Kereta kabel itu dikendalikan secara persendirian oleh seorang penduduk di situ untuk mengangkut penduduk merentasi sungai kerana tiada jalan atau jambatan di kawasan itu. - BERNAMA-dpa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad