web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kucing Hilang Akibatkan Bekalan Elektrik Terputus, Jejas Perjalanan Tren Di Paris

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 3:30PM

Pihak pengurusan kereta api memutuskan bekalan elektrik stesen selama sejam untuk mengeluarkan kucing itu dari bawah rangka kereta api TGV - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS -  Seekor kucing Parsi yang terlepas daripada jagaan pemiliknya memaksa perjalanan kereta api TGV dari stesen Gare de Lyon di Paris ke Nice ditangguhkan selama sejam pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik akhbar Perancis Le Parisien pada Jumaat.

Insiden itu berlaku pada masa yang tepat untuk kucing itu, kerana hanya beberapa hari sebelum kejadian, mahkamah di Perancis mengenakan denda yang tinggi ke atas syarikat kereta api nasional SNCF selepas satu daripada kereta api mereka gagal berhenti apabila seekor kucing berlari melintasi landasan.

Ini disusuli kematian kucing bernama Neko pada Januari, selepas kucing itu melarikan diri ketika kereta api sedang berlepas, menurut pemiliknya yang berusia 15 tahun. Kereta api itu meneruskan perjalanannya walaupun gadis itu dan ibunya memberi amaran bahawa kucing itu berada di bawah kereta api, kata mereka.

Pada Selasa, mahkamah memerintahkan SNCF, yang didapati bersalah kerana cuai, membayar pampasan sebanyak €1,000 (US$1,090) kepada setiap seorang daripada dua pemilik kucing itu.

Kali ini, pihak pengurusan kereta api memutuskan bekalan elektrik stesen selama sejam untuk mengeluarkan kucing itu dari bawah rangka kereta api TGV, lapor akhbar berkenaan.

Dalam satu ciapan, seorang peminat kereta api Perancis menulis: " Seekor kucing di bawah kereta api TGV di Gare de Lyon pagi ini. Jika dilanggar kucing itu: tidak bagus. Kami melewatkan perjalanan kereta api dan menjejaskan 1,800 pelanggan dengan kelewatan sehingga 1jam20: tidak baik."Bagaimanapun, kita kalah." - Bernama-dpa

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad