web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Serangan Udara Rejim Israel Di Jenin, Palestin

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 9:41AM

Israel telah melancarkan operasi ketenteraan terbesarnya di Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun dan membunuh sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin serta mencederakan lebih 100 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Jenin iaitu Wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim itu (OPT) di Tebing Barat.

Wisma Putra dalam kenyataan malam ini memaklumkan bahawa Malaysia menggesa Israel agar segera menghentikan pertumpahan darah itu dan membenarkan penduduk Jenin mendapat akses kepada bantuan kemanusiaan dan perkhidmatan kesihatan.

“Malaysia juga sekali lagi menggesa Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan anggota komuniti antarabangsa agar mendesak rejim Israel menghentikan jenayah kejinya terhadap kemanusiaan serta dasar aparteid ke atas penduduk Palestin demi keamanan dan kestabilan sejagat.

“Malaysia terus kekal dengan pendirian bahawa penduduk Palestin berhak mendapat kemerdekaan dan sebuah negara yang berdaulat berdasarkan perjanjian sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” menurut Wisma Putra.

Menurut kenyataan itu, peningkatan keganasan telah memburukkan lagi keadaan di Jenin dan banyak nyawa yang terkorban disebabkan oleh tindakan agresif Israel.

“Provokasi, tindakan agresif dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel adalah pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta kemanusiaan,” katanya. 

Bernama sebelum ini melaporkan pada Isnin bahawa Israel telah melancarkan operasi ketenteraan terbesarnya di Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun dan membunuh sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin serta mencederakan lebih 100 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad