Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PBB Kutuk Israel Bunuh Kanak-Kanak Palestin

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 10:54AM

Mohammad Tamimi, yang berusia dua tahun maut selepas mengalami cedera parah akibat tembakan askar Israel di bandar Nabi Saleh dekat Ramallah. - Gambar dari Twitter Palestine in the UK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA (Turkiye) - Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Proses Keamanan Asia Barat pada Isnin mengutuk pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin oleh tentera Israel.

"Saya mengutuk dan amat sedih dengan kematian seorang budak lelaki Palestin berusia 2 tahun, yang cedera parah akibat tembakan pasukan keselamatan Israel di Al-Nabi Saleh," lapor Agensi Anadolu memetik Tor Wennesland di Twitter.

Beliau berkata "orang awam, khususnya kanak-kanak terus menanggung beban konflik ini" dan menggesa pihak berkuasa Israel supaya mengambil tindakan ke atas "mereka yang bertanggungjawab”.

Awal hari ini, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan kematian Mohammad Tamimi, 2, yang cedera parah pada Khamis apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di bandar Nabi Saleh dekat Ramallah. Bapanya juga cedera dalam serangan itu.

Tentera Israel berkata siasatan awal menunjukkan dua lelaki Palestin yang bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah penempatan berhampiran menyebabkan tentera Israel bertindak balas.

Tentera mengaku tersalah tembak kanak-kanak itu dan kesal telah "memudaratkan mereka yang bukan pejuang dan berusaha untuk mencegah kejadian seperti itu."

Bapa kanak-kanak itu bagaimanapun menafikan naratif Israel dan mendakwa tidak belaku berbalas tembak di kawasan itu, sebaliknya menuduh tentera Israel terus melepaskan tembakan ke arah keretanya.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat yang diduduki sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan berulang Israel ke bandar-bandar Palestin.

Menurut angka Palestin, lebih 155 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel sejak awal tahun ini. Sekurang-kurangnya 21 warga Israel turut terbunuh dalam serangan berasingan dalam tempoh yang sama. - Bernama-Anadolu

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan