web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Asing Ucap Takziah, Angka Kematian Tragedi Kereta Api India Hampir 300

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 9:10PM

Angka kematian akibat kemalangan kereta api di timur India kini mencecah hampir 300 orang. - Gambar dari Twitter @AskAnshul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Beberapa pemimpin asing menzahirkan ucapan takziah susulan angka kematian akibat kemalangan kereta api di timur India kini mencecah hampir 300 orang.

Turkiye, Britain, Pakistan, Jepun, Kesatuan Eropah, Australia dan Sri Lanka antara negara yang melahirkan rasa simpati terhadap mangsa insiden berkenaan.

"Saya amat sedih menerima berita kehilangan nyawa yang ramai dan mangsa yang cedera akibat kemalangan kereta api di negeri Odisha," kata Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

"Kami bersama rakyat India pada saat duka ini. Eropah berkabung bersama anda," kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen.

"Imej dan laporan kemalangan kereta api di Odisha, India mematahkan hati saya. Saya menyampaikan ucapan takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang," kata Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.

Perdana Menteri India Narendra Modi pada Sabtu mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri Menteri Dalam Negeri Amit Shah dan pegawai kanan bagi membincangkan kesan perlanggaran antara Ekspres Coromandel ke Chennai dan kereta api Yesvantpur-Howrah Superfast di daerah Balasore Odisha.

"Aspek berkaitan operasi menyelamat, bantuan dan rawatan perubatan kepada mereka yang terjejas telah dibincangkan dalam mesyuarat semakan," menurut Pejabat Perdana Menteri.

Modi kemudian melawat Odisha bagi "meninjau lokasi kejadian."

Beratus-ratus anggota penyelamat, 200 ambulans, 50 bas dan 45 unit kesihatan dikerah ke lokasi kemalangan, lapor media tempatan.

"Jawatankuasa peringkat tinggi akan meneliti punca kemalangan kereta api ini," kata Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw kepada pemberita pada Sabtu.

Angka kematian setakat ini kira-kira 300 orang manakala jumlah penumpang yang cedera melebihi 900.

Ini adalah kemalangan kereta api ketiga paling teruk pernah berlaku di India.

Kira-kira 800 orang maut dalam kemalangan kereta api pada 1981 apabila banyak koc tergelincir ke dalam sungai di timur negeri Bihar.

Pada 1995, sekurang-kurangnya 358 orang terbunuh akibat dua kereta api bertembung di daerah Firozabad, negeri Uttar Pradesh.

Kemalangan yang sama turut berlaku di negeri Bengal Barat pada 1999 hingga mengorbankan lebih 285 nyawa.

Kemalangan pada Jumaat telah mengejutkan negara, dengan ramai yang menuntut pembiayaan dan standard keselamatan lebih baik untuk rangkaian rel kereta api sepanjang 67,000 km itu.

"Kami mempunyai banyak soalan untuk ditanya kepada perdana menteri dan menteri kereta api tetapi hal itu boleh ditunda kerana tugas segera adalah menyelamat dan membantu," kata ketua Kongres Kebangsaan India Mallikarjun Kharge.

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

5 Kereta Api Tidur Terbaik Di Dunia Untuk Inspirasi Pengembaraan 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Penumpang Jatuh Atas Landasan Kereta Api Di Woodlands, Telah Dibawa Ke Hospital - KTMB

3

TARA 3 tahun yang lalu

Bersedia! KTM Bakal Memulakan Operasi Kereta Api Enjin Stim Tahun Depan Yang Cukup Klasik Dan Menggamit Memori 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kereta Api Funikular Bukit Bendera Alami Kebocoran Hos Brek Trek

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad