web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ajaib! 4 Kanak-Kanak Mangsa Nahas Kapal Terbang Ditemui Selamat

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 9:48AM

Kanak-kanak berusia empat tahun, Tien Noriel Ronoque Mucutuy, bergambar bersama ibu mereka Ranoque Mucutuy yang meninggal dunia dalam nahas pesawat berkenaan. - Gambar ihsan www.dailymail.co.uk

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat kanak-kanak orang asli termasuk bayi berusia 11 bulan yang hilang selama lebih dua minggu selepas nahas pesawat di Amazon, Colombia, ditemui selamat.

Selain bayi tersebut, tiga lain yang turut selamat ialah kanak-kanak berusia antara empat hingga 13 tahun.

Kesemua mangsa berada dalam pesawat, ketika perjalanan ke San Jose del Guaviare, iaitu salah satu bandar utama di hutan hujan Amazon Colombia.

Pesawat itu bagaimanapun terhempas di Amazon, sekali gus membunuh tiga penumpang lain dalam tragedi 1 Mei lalu.

Presiden Colombia, Presiden Gustavo Petro berkata, penemuan itu diisytiharkan sebagai keajaiban buat negara.

Melalui perkongsiannya di Twitter, Petro memaklumkan semua mangsa yang terselamat ditemui selepas pihak tentera melalui usaha pencarian yang sukar.

Dalam operasi pencarian itu, pihak berkuasa mengerahkan lebih 100 askar dengan anjing pengesan untuk mencari semua mangsa selepas mereka tidak dapat dikesan.

Malah, pencarian melalui 'Operasi Harapan' itu turut berdepan cabaran lebih sukar dengan adanya binatang liar dan pokok hutan setinggi 40 meter.

Pasukan penyelamat percaya semua mangsa terperangkap di dalam hutan di bahagian selatan Caqueta sejurus nahas.

Bagi tujuan operasi, tiga helikopter digunakan untuk misi menyelamat, salah satu daripadanya mengeluarkan mesej yang dirakam daripada nenek mangsa yang meminta mereka supaya kekal di satu tempat, dalam bahasa Huitoto.

Menurut angkatan tentera semalam, usaha mencari dipergiatkan selepas penyelamat menemui tempat perlindungan yang dibuat daripada kayu dan dahan, sekali gus meyakinkan mereka bahawa masih ada mangsa terselamat.

Melalui foto yang dikongsi angkatan tentera, beberapa peralatan seperti gunting dan getah rambut turut ditemui di laluan dalam hutan berkenaan.

Sebelum itu, botol minuman bayi dan sisa buah turut ditemui.Mayat juruterbang dan dua lagi penumpang ditemui tentera pada Isnin dan Selasa lalu.

Salah seorang penumpang yang maut, Ranoque Mucutuy, adalah ibu kepada semua kanak-kanak itu yang juga etnik Huitoto.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum mendedahkan punca nahas pesawat itu.

Namun, menurut agensi tindak balas Colombia, juruterbang dikesan melaporkan masalah enjin hanya beberapa minit sebelum pesawat itu hilang daripada radar. - Agensi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad