web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 19 Juta Jemaah Umrah Kunjungi Masjidil Haram Sepanjang 20 Hari Ramadan

Luar Negara · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 3:11PM

Statistik yang dikeluarkan SPA menunjukkan bilangan jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram mencecah 19,608,573 orang sehingga semalam. - Gambar dari Facebook Haramain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Kerajaan Arab Saudi melalui pengurusan Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berusaha menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada lebih 19 juta jemaah yang mengerjakan umrah sepanjang 20 hari Ramadan di Masjidil Haram.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), statistik yang dikeluarkan jabatan itu hari ini menunjukkan bilangan jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram mencecah 19,608,573 orang sehingga semalam.

Timbalan Ketua Am bahagian pengukuran kualiti kepimpinan kreativiti dan kecemerlangan institusi di jabatan itu Samir bin Saad Al Suwehry berkata pihaknya menumpukan sebahagian besar usaha untuk menyediakan perkhidmatan kepada jemaah.

Beliau berkata perkhidmatan itu termasuk pengagihan 1,045,104 botol air Zamzam berjumlah 30,257,874 liter (L), proses pembersihan menggunakan 655,990L cecair pembasmi kuman untuk mensterilkan permaidani dan sejadah.

Proses pembersihan dan pensterilan di Masjidil Haram juga termasuk penyediaan  105,810L sabun pencuci tangan,  103,625L cecair pembasmi kuman yang diagihkan oleh robot, 100,535L cecair biocare, 653,360L cecair pembasmi kuman permukaan, selain telah menggunakan 2,600,000L pembasmi kuman permukaan, katanya.

Selain itu,  jabatan juga menyediakan perkhidmatan sosial dan melibatkan sumber manusia yang memberi manfaat kepada 901,951 jemaah.

Al Suwehry berkata usaha ini adalah arahan daripada Ketua Pengarah jabatan itu, Sheikh Dr Abdul Rahman Al Sudais yang mahu memanfaatkan keupayaan manusia dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) termaju dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada jemaah terutama sepanjang Ramadan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad