web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imam Ditikam Ketika Solat Subuh Di New Jersey

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 9:42PM

Perbuatan penyerang yang dikenali sebagai Serif Zorba, 32, dirakam kamera keselamatan masjid ketika dia meluru keluar dari saf melewati jemaah lain dan menikam imam itu menggunakan pisau - Gambar CNN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Seorang imam di New Jersey, Amerika Syarikat ditikam ketika mengimamkan solat Subuh pada Ahad.

Imam Masjid Omar di Paterson, Sayed El-Nakib, 65, ditikam oleh seorang lelaki ketika beliau dan jemaah lain sedang sujud, lapor Agensi Anadolu.

Perbuatan penyerang yang dikenali sebagai Serif Zorba, 32, dirakam kamera keselamatan masjid ketika dia meluru keluar dari saf melewati jemaah lain dan menikam imam itu menggunakan pisau.

Zorba berjaya ditangkap jemaah lain dan diserahkan kepada polis.

Dia juga didakwa mengugut orang ramai yang cuba menahannya.

El-Nakib yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Saint Joseph.

“Zorba didakwa atas Percubaan Membunuh Darjah Pertama; Memiliki Senjata untuk Tujuan Haram Darjah Ketiga; dan Pemilikan Senjata Melanggar Undang-undang Darjah Keempat,” menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Daerah Passaic.

Penyerang mendakwa dia berasal dari Istanbul dan berkomunikasi melalui bantuan penterjemah Turki ketika dihadapkan ke mahkamah.

Motif kejadian masih dalam siasatan. - Bernama-Anadolu

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad