web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASEAN Perlu Jadi Lebih Kuat Untuk Capai Tahap Pelancongan Berkualiti, Mampan - Sandiaga Uno

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:21AM

Sandiaga Uno berkata memandangkan blok serantau ini menyediakan persekitaran yang stabil, aman dan kesalinghubungan, adalah mustahak jika mesej bangkit menjadi lebih kuat dibuat kepada masyarakat dunia - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOGJAKARTA - Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu menjadi lebih kuat dalam menempuh fasa pemulihan pandemik COVID-19 agar dapat mencapai tahap pelancongan yang berkualiti dan mampan.

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno berkata memandangkan blok serantau ini menyediakan persekitaran yang stabil, aman dan kesalinghubungan, adalah mustahak jika mesej bangkit menjadi lebih kuat dibuat kepada masyarakat dunia.

“Walaupun terdapat begitu banyak ketidaktentuan, ketidakstabilan, dan kerumitan dari segi situasi pasca-pandemik, kita sememangnya pusat pertumbuhan.

“Kita kaya dengan alam semula jadi dan budaya. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk pulih bersama-sama, terutamanya dalam aspek kualiti dan pelancongan yang mampan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-26 Menteri Pelancongan ASEAN dan Mesyuarat Berkaitan (ATMM26) di sini, pada Ahad.

Mesyuarat itu diadakan di luar Forum Pelancongan ASEAN 2023 (ATF 2023) yang berlangsung selama lima hari dan berakhir hari ini.

“Bermula daripada Forum Pelancongan ASEAN 2023, kita perlu (juga) menjadi lebih inklusif, menggalakkan penglibatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana, perwakilan wanita dalam sektor pelancongan dan penyertaan generasi muda. Sudah tentu, kita juga perlu mencipta peluang pekerjaan berkualiti,” katanya menjawab soalan mengenai mesej yang ingin disampaikan Indonesia kepada dunia melalui ATF2023, khususnya hampir tiga tahun selepas pandemik COVID-19.

Senada dengan Sandiaga, Timbalan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam Doan Van Viet berkata negara-negara anggota harus terus mempromosikan ketersambungan, serta memudahkan prosedur dan dasar dari segi visa.

“Mengenai fasa pasca-pandemik, tidak syak lagi bahawa ASEAN harus mengikuti dan meneruskan strategi semasa ke arah membangunkan aktiviti pelancongan di rantau ini. Kita juga harus mempertimbangkan untuk membuat pelarasan berhubung situasi terkini.

“Keterhubungan adalah penting untuk mempromosikan pasaran kita kepada dunia, serta visa. Dengan mempromosikan nilai budaya sebenar bagi setiap negara anggota, ia akan membantu kita mencapai hasil yang baik dalam sektor pelancongan bersama-sama,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Kebudayaan, Penerangan dan Pelancongan Laos, Suanesavanh Vignaket dan Setiausaha Jabatan Pelancongan Filipina Christina Garcia Fasco.

Bertemakan “ASEAN: A Journey to Wonderful Destinations”, ATF 2023 ialah acara pelancongan terbesar di rantau ini yang bertujuan membangunkan destinasi pelancongan serantau dan antarabangsa, serta mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan.

Indonesia, selaku pengerusi ASEAN 2023, pernah berkhidmat sebagai Pengerusi ASEAN pada 2011, 2003, 1996 dan 1976. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Timor-Leste Secara Rasmi Sertai ASEAN, Lengkapkan Peta Asia Tenggara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

4

Pendidikan 7 bulan yang lalu

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 - KPM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar