Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tangisan, Gelak Ketawa Sambut Pembukaan Sempadan Australia-New Zealand

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 4:48PM

Keluarga dari 2 negara bertemu semula selepas penerbangan pertama dari Sydney tiba di Wellington, hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suasana di lapangan terbang menjadi penuh emosi selepas penumpang penerbangan pertama, dari Australia dan New Zealand mengambil kesempatan untuk pulang ke negara masing-masing selepas kedua-dua negara meluluskan gelembung perjalanan bebas kuarantin bermula hari ini.

Ia berlaku selepas sempadan ditutup selama hampir 400 hari.

"(Saya) menjerit, menangis, memeluk dan mencium (rasa) gembira, semua perasaan ini berlaku pada masa sama,'' kata Denise O'Donoghue, 63, kepada AFP di Lapangan Terbang Sydney, ketika dia sedang bersiap sedia untuk menaiki pesawat.

Menerusi perjanjian itu, ia bermakna untuk kali pertama sejak sempadan seluruh dunia ditutup akibat pandemik, penumpang boleh terbang merentasi Laut Tasman tanpa melalui kuarantin mandatori COVID-19 ketika mereka sampai.

"Ia adalah hari yang sangat besar dan menggembirakan bagi keluarga dan rakan-rakan, "kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, yang memuji kejayaan kedua-dua negara dalam memasukkan virus tersebut sebagai faktor utama untuk membenarkan koridor perjalanan.

Australia adalah sumber terbesar New Zealand bagi pelancongan antarabangsa sebelum pandemik, dengan anggaran 1.5 juta pelancong atau 40 peratus daripada keseluruhan pelancong pada 2019.

Namun pada hari pertama gelembung, kebanyakan pengembara kembali ke New Zealand dan pelancong dijangka tiba dalam kumpulan yang besar menjelang cuti sekolah di Australia.

Pembukaan gelembung itu mendapat liputan dari media dari kedua-dua negara, dengan televisyen membuat laporan secara dan melaporkan perkembangan dari lapangan terbang.

Sementara di Lapangan Terbang Wellington pula, perkataan 'WELCOME WHANAU' atau `Selamat Datang Keluarga' ditulis dengan besar manakala penari Maori mengadakan persembahan bagi menyambut kedatangan pengembara.

Lorraine Wratt, salah seorang rakyat New Zealand yang terperangkap di Australia ketika melawat keluarga, memberitahu AFP,  ia adalah menakjubkan kerana dapat mengembara semula.

``Kami amat gembira kerana dapat balik ke rumah namun kami akan merindui keluarga di Australia. Kami datang ke Australia pada 11 Disember untuk menyambut Kristmas dan bercadang untuk kembali semula pada bulan Februari lalu. Ia adalah mimpi ngeri,'' katanya.

Australia menjadi `rumah' kepada beratus atau beribu-ribu ekspatriat New Zealand dan sebelum virus coronavirus, mereka sering berulang alik merentasi laut Tasman selama tiga jam penerbangan.

"Ia umpama satu negara yang besar, jadi ia sesuatu yang baik untuk membuka sempadan, ia akan membantu semua keluarga,'' kata Mehat El Masri kepada AFP ketika menunggu anaknya, Shady di Sydney, selepas 16 bulan tidak bertemu. - AFP

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 21 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 21 jam yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo