web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendaftaran Untuk Twitter Blue Dibuka Minggu Depan - Musk

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 12:48PM

Elon Musk - Gambaf AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Usahawan billionaire AS Elon Musk berkata perkhidmatan langganan bulanan Twitter akan kembali dan pendaftaran baharu boleh dilakukan seawal minggu depan.

Pengguna Twitter mengalami masalah mendaftar untuk perkhidmatan Twitter Blue. The Washington Post melaporkan pada Jumaat, memetik nota dalaman syarikat bahawa Twitter menghentikan sementara pendaftaran langganan pada malam Khamis.

Ditanya oleh pengguna Twitter bila perkhidmatan langganan akan dibuka, Musk pada Sabtu menulis tweet "mungkin akhir minggu depan", kata Sputnik.

Perkhidmatan langganan bulanan berbayar Twitter Blue menambah tanda semak biru pada akaun pengguna dan menawarkan akses awal untuk mereka memilih ciri-ciri baharu yang ditawarkan.

Syarikat itu memulakan pelancaran ciri baharu itu pada 9 Nov. Dalam tempoh sehari, banyak akaun parodi palsu di Twitter dilihat seperti sah, dengan beberapa daripadanya menyiarkan kandungan yang meragukan.

Pada Khamis Musk berkata akaun Twitter yang menyamar sebagai orang lain mulai sekarang mesti memasukkan perkataan "parodi" dalam graf nama akaun dan bukannya graf bio. Musk juga menegaskan bahawa berdasarkan pengesahan secara menyeluruh, tidak akan ada lagi amaran sebelum penggantungan, dan peraturan ini akan menjadi syarat untuk mendaftar ke Twitter Blue. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad