web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASEAN Secara Dasar Setuju Terima Timor-Leste Sebagai Anggota Ke-11

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 5:45PM

Pemimpin ASEAN kini berhimpun di Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada dasarnya bersetuju agar Timor-Leste menjadi anggota ke-11 kumpulan itu.

Pemimpin ASEAN yang kini berhimpun di Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja dalam satu kenyataan berkata Timor-Leste juga akan diberi status pemerhati bagi mengambil bahagian dalam semua Mesyuarat ASEAN termasuk sesi pleno.

“Berdasarkan hasil keputusan Pencarian Fakta yang dijalankan oleh Keselamatan Politik ASEAN, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN, para pemimpin secara dasarnya bersetuju mengakui Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN.

“Para pemimpin bersetuju untuk memformalkan objektif berasaskan kriteria Pelan Hala Tuju bagi keahlian penuh Timor-Leste termasuk pencapaian yang dikenal pasti dalam laporan Misi Pencarian Fakta dan melaporkannya kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 untuk diterima pakai,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan semua negara anggota ASEAN dan rakan kongsi akan menyokong Timor-Leste mencapai kejayaan melalui penyediaan bantuan pembinaan kapasiti dan sebarang sokongan lain yang perlu dan relevan bagi keanggotaan penuh di ASEAN.

ASEAN dibentuk oleh lima negara anggota - Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina pada 1967.

Brunei menyertai blok itu pada 1984, manakala Vietnam pada 1985, Myanmar dan Laos (1997).

Kemboja yang merupakan pengerusi sidang kemuncak ASEAN tahun ini, merupakan negara terakhir menyertai ASEAN pada 1999.

Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta telah lama berkempen untuk menjadi anggota ASEAN, dan memohon untuk menyertai ASEAN secara rasmi pada 2011.

Negara dengan populasi 1.35 juta penduduk itu mencapai kemerdekaannya pada 20 Mei 2002. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Timor-Leste Secara Rasmi Sertai ASEAN, Lengkapkan Peta Asia Tenggara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad