web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Tawar UAE Sertai Pelaburan Berbalik Dalam Bidang Pertanian - PM

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 8:09PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Istana Presiden di sini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ABU DHABI - Malaysia menawarkan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membuat pelaburan berbalik bagi menyokong Dasar Sekuriti Makanan kedua-dua negara dan membantu UAE menjadi hab makanan di Timur Tengah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia mempunyai tanah yang luas dan sesuai untuk membolehkan para pelabur luar membuat pelaburan dalam bidang pertanian.    

"Saya telah mencadangkan kepada Presiden UAE untuk membuat pelaburan berbalik dalam bidang pertanian di Malaysia. Ini sesuai dengan perancangan UAE untuk menjadi hab eksport pertanian ke negara-negara Afrika dan sebagainya," kata beliau pada sidang media bersempena lawatan kerja ke UAE.

Perdana Menteri berkata dalam pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Kediaman Presiden di sini pada Isnin, Sheikh Mohamed menyambut baik cadangan itu dan kedua-dua pemimpin bersetuju menubuhkan jawatankuasa kerja bersama untuk melihat dengan cara lebih terperinci cadangan itu.

Menurutnya, sebelum ini Qatar dan Arab Saudi juga telah menyatakan minat menyertai pelaburan berbalik dalam bidang pertanian di Malaysia yang membantu negara meningkatkan pengeluaran produk-produk pertanian.

Syarikat Baladna, pengeluar tenusu Qatar telah membuat komitmen pelaburan sebanyak RM4.5 bilion dalam bidang penternakan tenusu terbesar di rantau Asia Tenggara dengan dua tapak telah dikenal pasti iaitu di Cuping, Perlis dan Muadzam, Pahang, kata beliau.

Sebelum ini, Malaysia dan Arab Saudi memeterai perjanjian untuk menerokai kerjasama baharu dalam bidang pertanian, kata Ismail Sabri.

Perdana Menteri juga berkata Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengimport baja dari UAE.

Dalam lawatan ke Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) di sini pada Isnin, Perdana Menteri dimaklumkan syarikat itu bukan sahaja terlibat dalam bidang minyak dan gas, malah aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain seperti pengeluaran baja.

Menurut beliau, nilai dagangan antara kedua-dua negara telah meningkat 90.4 peratus untuk lapan bulan pertama tahun ini iaitu US$6.14 bilion (RM25.60 bilion), dan jumlah ini melebihi nilai keseluruhan pada 2021, iaitu US$5.38 bilion (RM22.29 bilion).

Ismail Sabri berkata kedua-dua negara negara juga bersetuju memperluas pelaburan dan perdagangan di antara kedua-dua negara. 

Pada pertemuan itu, Presiden UAE juga berterima kasih kepada lebih 6,000 rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu yang dianggap berdisiplin, rajin dan tidak menimbulkan masalah, kata Perdana Menteri. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad