web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fat Leonard Mohon Suaka Di Venezuela

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 7:14PM

Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai Fat Leonard - Gambr Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan warga Malaysia, Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai Fat Leonard didakwa sudah memohon suaka di Venezuela.

Menurut laporan Ultimas Noticias, sebuah portal berita tempatan di Venezuela yang memetik sumber sebagai berkata, lelaki berusia 58 tahun itu memohon suaka semasa penampilannya di sebuah mahkamah di Caracas, Khamis lalu.

Semasa di mahkamah itu, Leonard turut mendedahkan bahawa dia menghidap kanser buah pinggang tahap empat.

Leonard kononnya sedang bersedia untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS).

Menurut Interpol, Leonard dipercayai merancang melarikan diri ke Rusia.

Pada 22 September lalu, Leonard ditangkap di Venezuela, dua minggu selepas dia memotong gelang pemantauan lokasi pada buku lalinya dan melarikan diri dari tahanan rumahnya di San Diego.

Kejadian itu berlaku tiga minggu sebelum dia sepatutnya dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah terlibat dalam skandal rasuah terburuk membabitkan tentera laut AS.

Dia boleh berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.

Pada 16 September lalu, dilapor bahawa salah seorang daripada lima pegawai tinggi tentera laut AS yang terlibat dalam skandal terbabit, iaitu mantan Laksamana Muda, Bruce Loveless dibebaskan selepas pendakwa persekutuan menggugurkan pertuduhan terhadap beliau.

Selain tuduhan diberi makanan mahal, bilik hotel mewah dan hiburan oleh pelacur yang dibayar Leonard, pendakwa raya juga mendakwa bahawa defendan menerima rasuah untuk memberikan beliau maklumat sulit.

Mereka juga dituduh menyalahguna kedudukan tentera laut untuk memastikan kapal berlabuh di pelabuhan diservis syarikat Francis, Glenn Defence Marine Asia yang berpangkalan di Singapura.

Syarikat itu didakwa mengenakan bayaran berlebihan kepada Tentera Laut AS sebanyak lebih AS$35 juta (RM147 juta). - The Vibes, 27 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad