web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angka Korban Akibat Bot Karam Di Lubnan Meningkat 94

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 9:55PM

Hanya 94 mayat ditemukan setakat ini manakala 20 lagi berjaya diselamatkan, sementara puluhan penumpang dilaporkan masih hilang - Gambar AFP/Syrian Red Crescent

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIRUT - Angka kematian akibat kejadian bot karam di luar pantai Syria meningkat kepada 94 orang setakat ini, menurut pihak berkuasa Lubnan pada Ahad.

Setiausaha agung Suruhanjaya Bantuan Mohammad Khair, dalam satu kenyataan berkata empat mayat ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 94 korban.

Sementara itu, lima warga Lubnan dan lapan warga Palestin masih dirawat di Hospital al-Basil di bandar Tartus Syria dan akan dihantar pulang ke Lubnan tidak lama lagi.

Pada Khamis, pihak berkuasa Syria memaklumkan bahawa sebuah bot yang berlepas dari Lubnan karam di luar pantai Tartus.

Bot itu membawa hampir 170 pendatang Lubnan, Palestin dan Syria.

Hanya 94 mayat ditemukan setakat ini manakala 20 lagi berjaya diselamatkan, sementara puluhan penumpang dilaporkan masih hilang.

Percubaan warga Lubnan dan Syria untuk berhijrah ke negara Eropah secara tidak sah semakin meningkat berikutan keadaan ekonomi dan sosial serta masalah kemiskinan semakin mencengkam.

Lubnan bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk sejak akhir 2019, termasuk nilai mata wang susut serta kekurangan bahan api dan perubatan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad