web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hospital Indonesia Di Gaza Rawat 54 Penduduk Palestin

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 8:23PM

Menurut Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) Indonesia, hospital yang terletak di Bayt Lahiya, Gaza utara menjadi pusat penting ketika berlakunya serangan - Gambar Facebook MER-C Indonesia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Hospital Indonesia di Gaza merawat 54 penduduk Palestin yang cedera dan menerima lapan mangsa yang terbunuh sejak Israel memulakan serangan di Semenanjung Gaza pada Jumaat.

Menurut Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) Indonesia, hospital yang terletak di Bayt Lahiya, Gaza utara menjadi pusat penting ketika berlakunya serangan.

"Hospital Indonesia menjadi tempat utama bagi mangsa serangan mendapatkan rawatan perubatan segera," kata sukarelawan MER-C Indonesia, Reza Aldilla Kurniawan dalam satu kenyataan.

Menurut data di laman web Kementerian Kesihatan Palestin, angka kematian meningkat kepada 44 orang, termasuk 15 kanak-kanak dan empat wanita, dan 360 orang awam cedera.

Bilik rawatan kecemasan, dikenali 'Teungku Chik di Tiro', sempena nama seorang pahlawan Aceh, menjadi ruang paling sibuk pasca serangan.

"Ruangan rawatan kecemasan terus menerus menerima mangsa dengan pelbagai tahap kecederaan manakala bilik jenazah juga dikunjungi ramai penduduk Gaza," kata Reza.

Ketika ada pesakit yang meninggal dunia, warga Gaza datang secara berkumpulan untuk membawa dan mengiringi jenazah ke tempat perkuburan, katanya.

Hospital empat tingkat yang dibuka pada 2015 dengan kos US$8.7 juta dibiayai oleh MER-C Indonesia melalui sumbangan awam dan disokong kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri.

Hospital itu dikendalikan oleh warga Gaza serta dibantu beberapa sukarelawan MER-C Indonesia.

Reza yang tinggal di kompleks penginapan sukarelawan Wisma Dr Joserizal Jurnalis, Hospital Indonesia turut merasai gegaran dan bunyi ledakan kuat semasa serangan berlaku.

Kementerian Luar Indonesia, dalam satu ciapan di Twitter rasminya, menulis: “Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel, yang mengorbankan orang awam, termasuk kanak-kanak.”

Negara Islam terbesar di dunia itu juga "menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil langkah segera dan konkrit untuk menghentikan tindakan keganasan dan pencerobohan itu demi mengelak lebih ramai mangsa dan memburukkan lagi keadaan." - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar