web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Arab Saudi Umum Kejayaan Musim Haji 1443 Hijrah

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 1:57PM

Arab Saudi mengumumkan kejayaan penganjuran musim haji 1443 Hijrah tanpa merekodkan sebarang insiden atau penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah haji - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Arab Saudi mengumumkan kejayaan penganjuran musim haji 1443 Hijrah tanpa merekodkan sebarang insiden atau penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah haji.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Isnin melaporkan Gabenor Mekah Putera Khalid Al-Faisal berkata kejayaan ini hasil kerjasama erat antara pasukan keselamatan, kesihatan dan lain-lain sepanjang musim haji kali ini.

“Dengan izin Allah, hasil perancangan yang teliti dan kerjasama semua pihak yang terlibat saya dengan ini mengumumkan kejayaan penganjuran musim haji 1443 Hijrah,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdul Aziz dan Putera Mahkota Arab Saudi Putera Muhammad bin Salman yang telah menyediakan kemudahan infrastruktur serta petugas haji, keselamatan dan kesihatan demi keselesaan jemaah.

Arab Saudi menyediakan 279, 628 kakitangan terdiri petugas haji, anggota keselamatan dan kesihatan untuk berkhidmat kepada hampir satu juta jemaah haji tahun ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Arab Saudi Fahad Al-Jalajel dalam ucapannya yang disiarkan di Twitter rasmi kementerian itu berkata lebih 520,000 kakitangan perubatan ditugaskan di 230 pusat kesihatan bagi menjamin kesihatan jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi.

“Walaupun kita masih lagi menghadapi ancaman COVID-19 dan bilangan jemaah haji dinaikkan kepada satu juta orang, hanya 38 kes terpencil jangkitan COVID-19 sahaja dilaporkan, tanpa jangkitan sekunder sepanjang musim haji 1443 Hijrah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek