web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


15 Maut Akibat Serangan Udara Rusia Di Wilayah Donetsk

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 1:52PM

Gambar yang dirakamkan pada 8 Julai 2022 menunjukkan separuh roket terbenam dalam tanah di tengah jalan di Donetsk Oblast, utara Ukraine. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DONETSK - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan lima lagi cedera akibat serangan udara Rusia di wilayah Donetsk, Ukraine, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Lima mangsa yang cedera berjaya diselamatkan dari runtuhan bangunan lima tingkat di bandar Chasiv Yar, lapor Agensi Berita Ukraine (Ukrinform), memetik kenyataan ketua Pentadbiran Tentera Wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko, pada Ahad.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 15 orang maut tertimbus di bawah runtuhan bangunan itu.

Empat peluru berpandu yang dilancarkan Rusia membedil penempatan Pivdenny di selatan Chasiv Yar, kira-kira 30 kilometer dari Donetsk.

Serangan berlaku pada Sabtu, 9.17 malam waktu tempatan, kata Oleg Kirnitskiy dari Pusat Media Polis Wilayah Donetsk.

Kirnitskiy berkata, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di sekitar runtuhan di Jalan Yujnaya.

"Dua mangsa cuba mendapatkan bantuan dari bawah runtuhan pada waktu pagi," katanya sambil menambah sekitar 35 orang termasuk seorang kanak-kanak masih terperangkap di bawah runtuhan.

Dipercayai empat roket jenis Uragan, senjata yang dilarang digunakan di kawasan awam telah digunakan dalam serangan itu, kata Kirnitskiy.

Hampir 4,900 orang awam terbunuh di Ukraine sejak operasi ketenteraan bermula pada 24 Feb, menurut  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Lebih 15 juta rakyatnya terpaksa meninggalkan kediaman mereka, termasuk lebih 8.4 juta melarikan diri ke negara lain. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad