web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Afghanistan: Lebih 1,000 Terkorban, 1,600 Cedera

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 12:17PM

Seorang kanak-kanak mendapatkan rawatan di hospital selepas cedera dalam kejadian gempa bumi yang mengorbankan 1,000 orang di Paktika, semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAKTIKA - Angka korban akibat gempa bumi di Afghanistan meningkat kepada 1,000 orang, manakala lebih 1,500 yang lain cedera, lapor Agensi Anadolu pada Rabu.

"Lebih 1000 terbunuh dan lebih 1,500 lagi cedera di wilayah Paktika setakat ini," kata Ketua Jabatan Penerangan dan Kebudayaan wilayah itu. 

Jumlah kematian dijangka terus meningkat berikutan berpuluh-puluh rakyat kini berada dalam keadaan kritikal dan operasi menyelamat masih diteruskan di daerah Gayan dan Barmal di wilayah itu, katanya.

Sekurang-kurangnya 29 terbunuh dan 95 lagi cedera di wilayah Khost, menjadikan jumlah korban setakat ini mencecah 1,029 dan 1,595 lagi cedera.

Paktika dan Khost menjadi wilayah paling teruk terjejas dengan ratusan kediaman musnah akibat gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan berkenaan pada malam Selasa.

“Banyak rumah musnah, dan ramai terperangkap di bawah runtuhan.

"Pasukan bantuan dari Kabul telah tiba dan operasi menyelamat sedang dijalankan. Semua agensi yang berkaitan harus menyalurkan bantuan ke Paktika," kata jurucakap polis di Kabul, Khalid Zadran menerusi ciapan di Twitter.

Pegawai Taliban juga telah meminta bantuan disegerakan di kawasan yang dilanda gempa bumi.

Video dan foto yang tular di media sosial memaparkan banyak kediaman musnah. - Bernama

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 26 minit yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran