Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


China Eksport Lebih 220 Bilion Pelitup Muka Tahun Lepas

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 4:29PM

China eksport lebih 220 bilion pelitup muka dan PPE

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

China mengeksport lebih 220 bilion topeng muka pada tahun lepas, selepas permintaan terhadap produk berkenaan mencanak naik akibat penularan wabak COVID-19, yang bermula di negara itu pada penghujung tahun 2019.

Jumlah eksport tersebut bersamaan dengan hampir 40 topeng muka bagi setiap orang. 

Menurut Timbalan Menteri Perdagangannya, Qian Keming, negara itu turut mengeksport 2.3 bilion pakaian pelindung diri (PPE) dan satu bilion peralatan ujian COVID, sekali gus menjadi penyumbang utama kepada usaha dunia melawan pandemik tersebut.

Peningkatan permintaan dan eksport itu menjadikan China sebagai satu-satunya kuasa ekonomi yang berkembang pada tahun lepas.

COVID-19, mula dikesan di China pada penghujung 2019 dan ia juga menjadi negara pertama yang bangkit kembali selepas melaksanakan perintah berkurung dan langkah kawalan penularan virus dengan ketat. 

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memulakan kerja-kerja bagi menyiasat punca utama penularan COVID-19 di Wuhan, dengan menemubual kakitangan institut kajian, hospital dan penjual di pasar yang dikaitkan dengan wabak tersebut.

Siasatan itu bergantung kepada bukti-bukti yang dikemukakan oleh kerajaan China dan ia dijalankan selepas rundingan selama berbulan-bulan diadakan antara WHO dengan Beijing. - Daily Mail Online

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 3 jam yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya