Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Indonesia Intai Lebih Banyak Penerbangan Terus Ke Malaysia

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 9:53AM

Pertunjukan Sendratari Arjuna Wiwaha yang unik menjadi tarikan pengunjung setiap hujung bulan ke Kota Batu. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SURABAYA - Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Pulau Pinang kini sedang rancak mengintai peluang penerbangan terus bandar-bandar utama di Indonesia ke Malaysia khususnya Pulau Pinang dalam usaha untuk memperkasakan kemasukan pelancong bagi kedua-dua negara.

Konsul Ekonomi II, KJRI di Pulau Pinang, Aryadi Ramadhan berkata, selepas kedua-dua negara mempermudahkan perjalanan merentas negara pasca COVID-19, usaha mempromosikan lokasi pelancongan Malaysia dan Indonesia telah diperhebatkan serta penyediaan perkhidmatan penerbangan terus perlu ditingkatkan.

Ketika ini kata beliau, perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan untuk menambah lokasi penerbangan terus dari Indonesia ke Pulau Pinang sedang dijalankan dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Malaysia merupakan penyumbang terbesar ekonomi Indonesia dalam bidang pelancongan di mana sebelum COVID-19 melanda, malah pada 2019, seramai 72,338 pelancong atau 33 peratus jumlah keseluruhan pelancong ke Jawa Timur adalah dari Malaysia.

Aryadi Ramadhan (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Chandra Nurhidayat semasa program pengenalan pelancongan ke Jawa Timur baru-baru ini. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan
Aryadi Ramadhan (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Chandra Nurhidayat semasa program pengenalan pelancongan ke Jawa Timur baru-baru ini. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

“Jadi, perkhidmatan penerbangan terus dari beberapa lokasi pelancongan menarik di Indonesia ke Malaysia dan Pulau Pinang khususnya, perlu ada untuk memudahkan perjalanan kedua-dua rakyat negara berkenaan.

“Namun, pihak kami masih dalam perbincangan dengan beberapa syarikat penerbangan untuk melihat potensi lokasi mana yang sesuai untuk dimanfaatkan kedua-dua belah pihak,” katanya kepada pemberita Malaysia semasa program lawatan pengenalan lokasi menarik di Jawa Timur baru-baru ini.

Melalui program lima hari itu, wartawan Malaysia dibawa melawat beberapa daerah, kota dan taman negara yang kini mula dibuka untuk lawatan di Jawa Timur termasuk Surabaya, Kota Batu, Taman Nasional Bromo-Tengger-Semeru, Taman Nasional Alas Purwo, Taman Nasional Baluran, Situbondo dan Banyuwangi.

Dalam perkembangan berkaitan, Aryadi turut menambah, pihaknya juga sedang dalam perbincangan untuk menghidupkan kembali perkhidmatan feri antara Aceh dan Pulau Pinang yang telah dihentikan sebelum ini.

Perjalanan ke Kota Batu mengikuti lebuh raya dari Surabaya menyajikan pemandangan Gunung Welirang berketinggian 3,156 meter. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan
Perjalanan ke Kota Batu mengikuti lebuh raya dari Surabaya menyajikan pemandangan Gunung Welirang berketinggian 3,156 meter. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Apa pun kata beliau, untuk menghidupkan kembali perkhidmatan itu memerlukan koordinasi pelbagai pihak, namun pihaknya amat optimis dengan perbincangan yang sedang diadakan.

Dalam pada itu, Pegawai Kebudayaan, Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa Daerah Jawa Timur, Chandra Nurhidayat berkata, program lawatan pengenalan lokasi menarik di Jawa Timur diadakan selepas kerajaan Indonesia membuka pintu sempadan mereka kepada pelancong luar pada Mac lalu.

“Berbanding lain-lain daerah dan selain Jakarta dan Bali, Jawa Timur kini sudah bersedia untuk menerima kehadiran pengunjung ke beberapa lokasi pelancongan menarik yang terkenal di sini,” katanya.

Antara yang menarik kata beliau di Jawa Timur yang berkeluasan 48,000 kilometer persegi, ialah daerah itu memiliki empat taman negara dari 55 taman negara secara keseluruhan di Indonesia. 

Timbalan Datuk Bandar Kota Batu, Punjul Santoso (tengah) bergambar kenangan dengan para media dari Malaysia dan Indonesia semasa program pengenalan pelancongan ke Jawa Timur baru-baru ini. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan
Timbalan Datuk Bandar Kota Batu, Punjul Santoso (tengah) bergambar kenangan dengan para media dari Malaysia dan Indonesia semasa program pengenalan pelancongan ke Jawa Timur baru-baru ini. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

“Jawa Timur juga memiliki kawasan tanah tinggi sebagai pusat pelancongan yang menawarkan pelbagai keindahan alam termasuk gunung berapi yang masih aktif seperti Bromo dan Semeru selain lokasi penanaman epal di Kota Batu yang antara lain terkenal di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Tambah Chandra lagi, setakat ini, hanya AirAsia Indonesia menawarkan penerbangan terus harian dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Surabaya dengan kekerapan sekitar dua penerbangan sehari sehala. - Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Kenal Pasti Pemilik Akaun Media Sosial Berhubung Kejadian Simbah Asid

Sukan 15 jam yang lalu

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

Luar Negara 15 jam yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

Semasa 15 jam yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama