web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bangunan Di China Runtuh, Angka Kematian Meningkat 53

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 1:52PM

Gambar yang dirakamkan pada 29 April 2022 menunjukkan bangunan enam tingkat runtuh di Changsa. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - 53 orang maut selepas sebuah bangunan runtuh di tengah China, kata pihak berkuasa pada Jumaat, sekali gus mengumumkan penamatan misi menyelamat dalam bencana berkenaan.

Bangunan komersial di Changsa itu, mengambil masa selama enam hari untuk menyelamatkan mangsa runtuhan dalam kejadian yang dikatakan berpunca daripada pembinaan bangunan haram.

''Mereka yang terperangkap semuanya telah ditemui. 10 orang telah diselamatkan manakala 53 orang maut."

Mangsa kesepuluh yang ditarik dari runtuhan sejurus tengah malam pada Khamis dan telah tertimbus dalam serpihan selama hampir enam hari, lapor media kerajaan sebelum ini.

Pegawai tertinggi Parti Komunis Changsha, Wu Guiying memohon maaf atas kemalangan itu dan 'tunduk' sebagai memperingati mangsa semasa taklimat Jumaat.

Mereka "memohon maaf kepada masyarakat" dan "menyampaikan takziah kepada semua keluarga mangsa dan mereka yang mengalami kecederaan''.

Angka kematian meningkat dari 26 orang, pada Khamis.

Blok bangunan berkenaan mengandungi apartmen, hotel dan pawagam. 

Seorang wanita, yang terselamat selepas terperangkap kira-kira 88 jam dalam runtuhan memberitahu media kerajaan, dia sedang belajar di atas katil ketika bangunan runtuh dan bergantung kepada air serta menggunakan selimut untuk memanaskan badan.

Pihak berkuasa mendakwa juruukur memalsukan audit keselamatan bangunan.

Media kerajaan telah mengenal pasti bangunan itu sebagai "struktur kediaman yang dibina sendiri", bermakna dibina oleh individu atau syarikat tanpa pembiayaan kerajaan.

Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar pada Ahad mengumumkan pemeriksaan keselamatan untuk "perumahan bina sendiri" di seluruh negara.

Presiden Xi Jinping pada minggu lepas mengarahkan siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti punca runtuhan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam