web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Penghidap Kanser Berlari 42 KM, 5 Jam Sehari

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 12:25PM

Gambar dari Twitter Jacky Hunt-Broersma

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang wanita yang kehilangan kaki kiri akibat kanser, mendapat pengiktirafan Guinness World Record selepas berlari sejauh 26.2 batu (42.16 kilometer) setiap hari sejak pertengahan Januari lalu, dengan masa yang diambil setiap kali larian adalah lima jam.

Pada Sabtu lalu, Jacky Hunt-Broersma, 46, berjaya menamatkan lariannya selama 104 hari, sekali gus memperoleh pengiktirafan Guinness World Records.

"Sebahagian dari diri saya amat gembira kerana berjaya melakukannya. Dan sebahagian lain terus berfikir saya perlu berlari,'' katanya kepada BBC dari rumahnya di  Arizona.

Tubuhnya juga semakin pulih daripada usaha mengejar rekod berkenaan.

Bagaimanapun Jacky, yang dilahirkan dan dibesarkan di Afrika Selatan, juga pernah menetap di England dan Netherlands, bersyukur kerana dengan berlari, dia memperoleh keyakinan diri.

Dalam masa dua minggu, doktor memotong kaki kirinya untuk menyelamatkan nyawa Jacky dan ketika itu dia baru berusia 26 tahun.

''Ia adalah 'rollercoaster'. Semuanya berlaku dengan pantas,'' katanya.

Untuk beberapa tahun selepas itu, Jacky bergelut untuk melakukan perubahan dalam hidupnya. Dia berasa marah kerana mendapat kanser dan malu disebabkan berbeza dengan insan normal lain.

Dia terpaksa memakai seluar panjang ketika keluar khalayak ramai supaya orang ramai tidak menyedari akan keadaan dirinya.

Jacky mula berlari pada pada tahun 2016. Ketika itu dia memberikan sokongan kepada suaminya dalam acara larian jarak jauh tetapi tidak pernah terfikir untuk melakukannya sendiri dan menganggap ia hanya 'untuk orang gila'.
 
Selepas membeli prostetik khas untuk pelari jarak jauh, dia mendaftar untuk larian 10 kilometer (6.2 batu).

Menjelang perlumbaan, dia menukar kepada pendaftaran untuk kategori separa marathon dan sejak itu Jacky tidak menoleh lagi ke belakang lagi sebaliknya meneroka jarak yang lebih jauh. - BBC
 

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran