web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rusia Kecam Israel, Jadikan Gaza 'Penjara Di Bawah Langit Terbuka'

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 12:33PM

Seramai 152 penduduk Palestin cedera dalam serangan regim Israel di Masjid Al-Aqsa, semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - Kementerian Luar Rusia pada Jumaat menyelar tindakan Israel terhadap Palestin sambil menyifatkan Tel Aviv mengubah Gaza menjadi "penjara di bawah langit terbuka," lapor Agensi Anadolu.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Luar Israel menyokong penggantungan keanggotaan Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), kementerian luar mendakwa Israel menggunakan situasi di Ukraine bagi mengalih perhatian dunia mengenai isu Palestin.

"Seperti diketahui umum, setelah pelbagai pelanggaran dibuat terhadap keputusan Majlis Keselamatan (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB, rejim Israel masih meneruskan pendudukan haram dan 'pengilhakan' di wilayah Palestin, mengakibatkan lebih 2.5 juta rakyat Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan diusir ke kawasan terpencil dan terputus dari dunia luar.

“Semenanjung Gaza pada dasarnya telah menjadi ‘penjara terbuka,’ hingga memaksa dua juta rakyatnya bertahan di bawah sekatan laut, udara dan darat Israel hampir 14 tahun,” menurut kementerian itu.

Sekurang-kurangnya 152 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Jumaat, menurut ciapan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak tiga minggu lalu susulan sambutan Hari Easter bertindih dengan Ramadan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan