web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seleweng Dana 1MDB, Roger Ng Bersalah

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 9:59AM

Roger Ng - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Juri di New York pada Jumaat telah mensabitkan kesalahan bekas jurubank Goldman Sachs kerana peranannya dalam rasuah besar-besaran dan pengubahan wang haram melibatkan dana syarikat pelaburan Malaysia.

Juri mendapati Roger Ng, pengarah urusan di Goldman dari 2005 hingga 2014, bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan rasuah besar-besaran 1Malaysia Development Berhad (1MDB), melibatkan penyelewengan dana bernilai berbilion dolar.

Ng dan rakan konspirasinya membayar lebih $1 bilion sebagai rasuah kepada pegawai berkaitan untuk mendapatkan tiga transaksi besar bon untuk Goldman dengan 1MDB, menurut Jabatan Kehakiman AS.

Dana berbilion dolar itu diseleweng daripada 1MDB, termasuk beberapa dana daripada urus niaga Goldman.

Sebahagian wang itu disalurkan untuk barangan mewah, seperti lukisan Jean-Michael Basquiat bernilai $51 juta dan berjuta-juta dolar untuk beg tangan Hermes, kata Jabatan Kehakiman.

Perbicaraan selama lapan minggu itu termasuk mendengar keterangan daripada Timothy Leissner, bekas rakan kongsi Goldman yang telah mengaku bersalah dalam kes tersebut dan memberi keterangan panjang lebar mengenai peranannya dan Ng dalam skandal berkenaan.

Peguam bela Ng telah berhujah bahawa keterangan Leissner harus diketepikan berdasarkan pengakuannya dan Ng adalah mangsa dalam konspirasi terbesar itu.

Ng berdepan hukuman penjara 30 tahun berikutan sabitan kesalahannya, kata jurucakap jabatan itu.

"Keputusan hari ini adalah kemenangan bukan sahaja untuk kedaulatan undang-undang, tetapi juga untuk rakyat Malaysia," kata Peguam AS Breon Peace.

"Dengan keputusan hari ini, mesej yang jelas telah disampaikan kepada mereka yang melakukan jenayah kewangan yang didorong oleh ketamakan," kata Peace.

"Anda akan ditangkap, didakwa dan disabitkan kesalahan, seperti Ng, dan berdepan hukuman penjara yang panjang." - AFP

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad