web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Bas Mekah Lancar 12 Laluan Meliputi Seluruh Mekah

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 11:04AM

Pusat Pengangkutan Bersepadu Mekah berperanan menyelia keseluruhan operasi dan aktiviti sektor pengangkutan di Kota Mekah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Diraja Kota Mekah melancarkan perkhidmatan  percubaan projek bas Mekah yang menghubungkan Stesen Kereta Api Al-Haramain dan Stesen bas Jabal Omar berhampiran Masjidil Haram.

Jurucakap rasmi projek pengangkutan Lembaga Diraja Kota Mekah, Dr. Rayan Al-Hazmi berkata projek itu yang dilancarkan pada Isnin, 14 Februari di Pusat Pengangkutan Bersepadu.

Pusat Pengangkutan Bersepadu itu turut dilaksanakan di bawah lembaga diraja itu dan akan melancarkan 12 laluan berbeza meliputi seluruh Mekah. 

“Terdapat lebih 450 hentian bas melibatkan jalan utama dan jalan kecil di Mekah serta 400 bas merangkumi 240 bas biasa berkapasiti 85 penumpang dan 160 bas artikulasi berkapasiti 125 penumpang” katanya menerusi klip video yang disiarkan portal dan aplikasi (Ask Makkah).

Beliau menambah kata untuk menjamin keselamatan jemaah, terdapat empat stesen utama disediakan untuk mengangkut jemaah pergi dan balik dari Masjidil Haram. 

Pusat Pengangkutan Bersepadu Mekah berperanan menyelia keseluruhan operasi dan aktiviti sektor pengangkutan di Kota Mekah, termasuk rangka kerja asas untuk tadbir dan urus sistem pengangkutan selain berusaha mencapai objektifnya meningkatkan kemudahan khidmat pengangkutan untuk penduduk dan pelawat. - Bernama

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad