web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Risiko 'Sangat Tinggi', AS Nasihat Rakyat Tangguh Perjalanan Ke Korea Selatan

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 1:40PM

Seorang petugas perubatan membuat ujian saringan COVID-19 ke atas seorang lelaki di pusat ujian virus di Seoul. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menasihatkan rakyatnya menangguhkan perjalanan ke Korea Selatan berikutan laporan jangkitan COVID-19 semakin membimbangkan, lapor agensi berita Yonhap. 

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memaklumkan bahawa Korea Selatan dikategorikan Tahap 4 iaitu berisiko "sangat tinggi", termasuk lima negara dan wilayah lain - Azerbaijan, Belarus, Comoros, Polinesia Perancis, serta Saint Pierre dan Miquelon. 

"Jika anda perlu ke Korea Selatan, pastikan anda lengkap menerima vaksin dan dikemas kini vaksin COVID-19 anda sebelum melakukan perjalanan.

"Walaupun telah lengkap divaksin, anda masih berisiko mendapat dan menyebarkan virus berkenaan," menurut CDC menerusi laman sesawangnya.

Kini, hampir 140 negara di seluruh dunia dikategorikan Tahap 4 oleh CDC.

Jabatan Negara AS turut meningkatkan tahap amaran perjalanan ke Korea Selatan kepada "Tahap 4: Jangan Melancong." 

Pada Isnin, Korea Selatan melaporkan 54,619 jangkitan baharu berikutan penularan pantas varian omicron di seluruh negara. - Bernama

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 17 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad