web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Omicron: Lebih 4,500 Penerbangan Dibatalkan Pada Hari Natal

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 5:32PM

Kanak-kanak ini menunggu di kaunter daftar masuk penerbangan Delta Airlines, di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, California, pada 24 Disember 2021. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Lebih 4,500 penerbangan komersial di seluruh dunia telah dibatalkan pada cuti hujung minggu serta Hari Natal, susulan gelombang jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, didorong oleh penularan varian Omicron.

Sekurang-kurangnya 2,401 penerbangan dibatalkan pada Jumaat, iaitu pada malam Hari Krismas, menurut laman web menjejak penerbangan, FlightAware.com. Hampir lebih 10,000 penerbangan pula tertangguh.

Laman web itu menunjukkan 1,779 penerbangan pada Hari Krismas dibatalkan dengan lebih 402 adalah penerbangan yang dijadualkan pada Ahad.

Trafik udara komersial di Amerika Syarikat (AS) untuk masuk atau keluar negara menyumbang lebih daripada satu perempat penerbangan yang dibatalkan pada hujung minggu, demikian menurut data FlightAware.

Antara syarikat penerbangan yang terlibat dalam pembatalan penerbangan hujung minggu ialah United Airlines dan Delta Air Lines (DAL.N), yang melibatkan hampir 280 penerbangan pada hari Jumaat sahaja.

Ia memetik kekurangan kakitangan berlaku di tengah-tengah lonjakan jangkitan COVID-19.

Penularan COVID-19 di AS kebelakangan ini disebabkan oleh varian Omicron yang sangat mudah menular, yang pertama kali dikesan pada bulan November lalu.

Ia kini mencakupi hampir tiga perempat daripada kes di AS dan sesetengah kawasan merangkumi 90 peratus, seperti di Eastern Seaboard.

Purata jumlah kes baharu Coronavirus di AS telah meningkat 45 peratus kepada 179,000 sehari sepanjang minggu lalu, menurut Reuters.

Di New York, lebih 44,000 kes baharu dilaporkan pada Jumaat sahaja, sekali gus memecahkan rekod harian negeri itu. Sekurang-kurangnya 10 negeri lain menetapkan rekod kes baharu pada Khamis atau Jumaat.

Di Britain, banyak industri dan rangkaian pengangkutan bergelut dengan kekurangan kakitangan kerana pekerja yang sakit terpaksa mengasingkan diri, manakala hospital pula memberi amaran mengenai risiko kesan terhadap keselamatan pesakit.

Manakala satu daripada 20 warga London menghidap COVID-19 minggu lalu, iaitu angka yang boleh meningkat daripada satu kepada 10, menjelang awal minggu depan, menurut data yang dikeluarkan Pejabat Statistik Kebangsaan pada Khamis. - Reuters

Sorotan

1

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

2

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

4

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

5

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 59 minit yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar