web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek MH17 Bertindak Atas Kepentingan Tentera - Pendakwa Raya

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 1:51PM

Gambar fail menunjukkan Hakim Hendrik Steenhuis (kanan) melihat bangkai pesawat MH17, di pengkalan tentera udara Gilze-Rijen, di Selatan Belanda pada 26 Mei 2021. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

THE HAGUE - Keempat-empat tertuduh yang didakwa meletupkan pesawat Malaysia Airlines dengan peluru berpandu berusaha untuk memenuhi 'kepentingan ketenteraan mereka sendiri', kata pendakwa raya ketika mereka menutup hujah dalam perbicaraan yang dipantau rapi.

Suspek-suspek berkenaan dibicarakan tanpa kehadiran mereka, dan didakwa melancarkan peluru berpandu BUK ke atas pesawat MH17 di timur Ukraine pada 2014, membunuh 298 kru dan anak kapal.

Dalam hujah penutupnya pada Isnin, pendakwa raya memberitahu, empat suspek memainkan peranan penting dalam melindungi sistem BUK, yang berkemungkinan besar bertujuan untuk menyerang pesawat perang Ukraine.

"Jika ini adalah niatnya, ia tidak mengubah tuduhan ini dalam menjadikan ia sebagai perbuatan jenayah, " kata pendakwa raya, Thijs Berger kepada hakim.

''Kesilapan sasaran juga tiada bezanya terhadap bukti bahawa jenayah telah dilakukan."

''Suspek menggunakan peluru berpandu BUK sebagai alat untuk kepentingan ketenteraan sendiri dan menembak MH17 dengannya,'' katanya.

Penyiasat antarabangsa menyatakan peluru berpandu BUK pada asalnya dibawa dari pengkalan tentera Rusia, kononnya akan digunakan untuk memerangi tentera Ukraine.

Berger berkata, walaupun tertuduh tidak `menekan butang (peluru berpandu) sendiri, namun menggunakannya untuk perjuangan bersenjata mereka dengan tujuan memusnahkan pesawat'.

Keempat-empat tertuduh adalah Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov yang merupakan warga Rusia manakala Leonid Kharchenko, berasal dari Ukraine.

Mereka semua bagaimanapun tidak hadir di mahkamah.

Dalam masa tiga hari perbicaraan diadakan minggu ini, pendakwa raya Belanda pada minggu ini bakal mencadangkan bentuk hukuman terhadap empat tertuduh.

Keputusan perbicaraan di mahkamah yang mempunyai kawalan keselamatan ketat dan terletak berhampiran Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, dimana pesawat MH17 berlepas ke Kuala Lumpur sebelum ditembak jatuh, hanya dijangka diketahui paling awal pada penghujung 2022.

''Hukuman maksimum adalah penjara seumur hidup," kata jurucakap mahkamah kepada AFP.

Girkin, 49, yang juga dikenali sebagai ''Strelkov", merupakan suspek paling berprofil tinggi dan adalah bekas perisik Rusia serta merupakan peminat enakmen sejarah yang membantu memulakan perang di Ukraine.

Dubinsky, 57, yang telah dikaitkan dengan perisikan Rusia, didakwa berkhidmat sebagai ketua perisikan tentera pemisah.

Pulatov, 53, adalah bekas tentera pasukan khas Rusia dan salah seorang timbalan Dubinsky.

Kharchenko, 48, didakwa mengetuai unit pemisah di timur Ukraine.

Hanya Pulatov satu-satunya tertuduh yang diwakili peguam.

Pendakwa raya akan menghabiskan masa pada Isnin dan Selasa untuk menjelaskan bukti termasuk telefon dan alat pendengar elektronik, keadaan di persekitaran peluru berpandu dan defendan sendiri.

Cadangan hukuman dijangka menyusul pada hari Rabu dan akan merangkumi "justifikasi penalti yang diminta secara meluas", kata jurucakap itu. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran