web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Turus Tentera India Maut Nahas Helikopter

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 8:08AM

Bipin Rawat - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Ketua Turus Tentera India, Jeneral Bipin Rawat dan 12 yang lain disahkan terkorban dalam satu nahas udara di Tamil Nadu.

Helikopter Mi-17V5 Tentera Udara India yang membawa 14 penumpang termasuk isteri Rawat dan pegawainya itu terhempas berhampiran Coonoor.

"Dengan penuh dukacita, kini disahkan Jeneral Bipin Rawat, Madhulika Rawat dan 11 lagi penumpang yang berada di dalam helikopter itu disahkan terbunuh," menurut Tentera Udara India.

Seorang mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital tentera.

Helikopter malang itu berlepas dari pangkalan tentera udara Sulur di daerah Coimbatore dan dalam perjalanan ke Kolej Perkhidmatan Pertahanan di Wellington di daerah Nilgiris, lapor media India.

Wellington terletak kira-kira 80 kilometer dari Coimbatore.

Selepas bersara sebagai ketua tentera, Rawat, 63, menjadi Ketua Turus Pertahanan (CDS) pertama India sejak jawatan itu diwujudkan pada 2019. 

Selaku CDS, beliau juga mengetuai Jabatan Hal Ehwal Ketenteraan (DMA), sebuah badan yang baharu diwujudkan untuk menyelaraskan hal ehwal tentera darat, laut dan udara.

"Jeneral Rawat mengusahakan pelbagai aspek berkaitan angkatan tentera kita termasuk melaksanakan pembaharuan pertahanan. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam tentera darat. India tidak akan melupakan jasanya," kata Perdana Menteri Narendra Modi.

Menteri Pertahanan Rajnath Singh menyifatkan pemergian Rawat satu "kehilangan yang tiada galang gantinya" bagi angkatan tentera dan negara India. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran