web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelarian Kabul Perlukan 'Levas Zemastani' Untuk Bertahan

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 7:51AM

Gambar fail menunjukkan kanak-kanak Afghanistan ini menerima bantuan musim sejuk di luar khemah mereka di Kabul. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KABUL - Di kala suhu yang kini mencecah -1 darjah Celcius sekali gus membuatkan seseorang menggigil kesejukan, rakyat Afghanistan sedang bergelut mempersiapkan keperluan menghadapi musim sejuk ekstrem yang akan tiba.

Selain dihimpit kemiskinan dan kekurangan bekalan makanan, keadaan bertambah sukar bagi ribuan penghuni kem pelarian perang di kawasan Adimazar yang terletak 12 kilometer dari tengah bandar Kabul kerana turut ketiadaan 'Levas Zemastani' untuk bertahan dalam cuaca sejuk.

Levas Zemastani bermaksud baju sejuk dalam bahasa Pashto dan ia menjadi keperluan yang sukar diperoleh penghuni kem terbabit ketika musim sejuk.

Suhu sejuk yang boleh mencecah hingga -15 darjah Celsius itu pernah menyebabkan penduduknya maut akibat hipotermia.

Justeru ketibaan delegasi Muslim Care Malaysia (MCM) baru-baru ini yang membawa 700 pasang baju sejuk menerusi misi bantuan kemanusiaan ke negara bergolak itu merupakan satu rahmat kepada penghuni kem pelarian berkenaan.

Presiden MCM Zulkifli Wahijan berkata baju sejuk itu diagih kepada golongan dewasa, kanak-kanak serta bayi.

"Kebanyakan yang berada di kem ini datang dari pelbagai wilayah di Afghanistan dan berpindah ke sini selepas rumah mereka musnah di bom tentera.

"Difahamkan 230 keluarga tinggal di penempatan yang dibina berasaskan tanah liat dan beratapkan plastik yang tentunya sukar untuk mereka bertahan dalam keadaan sejuk," katanya. 

Afghanistan terus bergolak apabila tentera Taliban menumbangkan kerajaan Mohammad Ashraf Gani pada pertengahan Ogos lepas. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 56 minit yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad