web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASEAN Perlu Benarkan ‘Safe Travel’ Untuk Pulih Ekonomi - Prayuth

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 7:37AM

Prayuth Chan o-cha mengambil bahagian dalam persidangan ASEAN 2021. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - ASEAN perlu membuka kembali sempadan dan membenarkan “safe travel” untuk memulihkan ekonomi rantau ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha.

Sebagai contoh, beliau berkata Thailand telah memperkenalkan projek perintis ‘Phuket Sandbox’ untuk menyambut kedatangan pelancong asing secara bertahap dan akan membuka lebih banyak kawasan di wilayah lain untuk pelancong antarabangsa.

“Rangka Kerja Pengaturan Koridor Perjalanan ASEAN harus diguna pakai, dengan pengiktirafan bersama vaksin dan sijil vaksin untuk memudahkan perjalanan perniagaan dan diikuti pelancongan,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang-sidang kemuncak berkaitan melalui sidang video semalam.

Prayuth berkata ASEAN harus mengelak mengambil langkah yang boleh menghalang pergerakan barangan untuk memastikan ketersambungan rantaian bekalan ketika pandemik dan menggunakan lebih banyak pasaran intra-ASEAN bagi merangsang ekonomi serantau.

Krisis COVID-19 menyebabkan rantau ini mudah terdedah kepada ancaman baharu yang di luar jangkaan, katanya.

Menurut Prayuth ASEAN harus mengukuhkan lagi kesiapsiagaan sebagai tindak balas terhadap penyakit baharu yang mungkin muncul dan memperkukuh keselamatan kesihatan awam untuk jangka panjang, termasuk melalui menggalakkan kerjasama dalam penyelidikan serta pembangunan vaksin.

“Pada masa ini, Thailand berada di landasan yang tepat dalam pembangunan vaksin COVID-19 dan negara bersedia bekerjasama dengan negara anggota ASEAN yang lain dalam hal ini,” katanya.

Prayuth menegaskan komitmen Thailand untuk bersama-sama memacu Komuniti ASEAN dan menjalin integrasi serantau yang lebih luas supaya ASEAN dapat terus berfungsi sebagai penggerak utama masyarakat dan ekonomi global. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad