web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Tahan Dengan Isteri, Lelaki Minta Dipenjarakan

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 1:50PM

Gambar hiasan - Gambar dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROME - Bagi sebahagian orang, penjara merupakan satu tempat yang menyekat kebebasan. Namun tidak bagi seorang lelaki dari Albania ini.

Lelaki itu, yang berusia 30 tahun dan menetap di Guidonia Montecelio, muncul di balai polis dan meminta supaya dia dimasukkan ke penjara, semata-mata kerana tidak dapat bertahan lagi dengan perangai isterinya.

Menurut polis dalam satu kenyataan, lelaki itu tidak tahan dengan paksaan oleh isterinya ketika menetap bersama.

"Geram dengan keadaan itu, dia melarikan dan secara spontan muncul di balai polis serta meminta untuk menjalani hukuman di penjara,'' kata kenyataan itu.

Lelaki itu sebelum ini menjalani hukuman tahanan di rumah atas tuduhan dadah dan mempunyai baki hukuman selama beberapa tahun lagi, kata kapten Francesco Giacomo Ferrante kepada AFP.

''Dia menetap di rumah bersama isteri dan keluarganya. Ia tidak berjalan lancar.

''Dia menyatakan kehidupannya umpama 'neraka', dan tidak boleh melaluinya lagi, dia mahu ke penjara,'' kata Ferrante.

Hasratnya tercapai apabila pihak berkuasa mendapati dia melanggar prosedur tahanan dalam rumah dan diarahkan menjalani baki hukuman di penjara. - AFP

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 17 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar