web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Negara Risiko Rendah, Malaysia Akan Runding Dengan Thailand

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 7:59AM

Gambar fail pada 9 Mei 2020 menunjukkan pasar minggu Chatuchak di Bangkok. Thailand bercadang menamatkan kuarantin kepada pelancong lengkap vaksin, yang menggunakan perkhidmatan udara, mulai 1 November ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Rundingan akan diadakan untuk memasukkan Malaysia dalam senarai negara berisiko rendah bagi membolehkan pelawat yang lengkap vaksin COVID-19 dikecualikan menjalani kuarantin wajib 14 hari ketika memasuki Thailand.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata Thailand merancang menamatkan kuarantin kepada pelawat lengkap divaksin dari negara berisiko rendah yang menggunakan perkhidmatan udara mulai 1 November memandangkan situasi COVID-19 di negara itu semakin baik.

Namun, Malaysia tidak termasuk dalam senarai itu. 

"Jumlah kes di Malaysia sudah menunjukkan penurunan kerana kadar vaksinasi yang tinggi. Sehingga kini, terdapat lebih 90 peratus populasi dewasa di Malaysia telah lengkap divaksin.

“Oleh itu, kita sedang dalam perbincangan dan lihat bagaimana Malaysia boleh dimasukkan dalam senarai berkenaan," katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Jojie menghadiri sesi kecergasan dengan rakyat Malaysia di Bangkok, pegawai kedutaan dan ahli keluarga mereka sempena Hari Sukan Negara pada 9 Oktober. 

Minggu lepas, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha mengumumkan pelawat yang lengkap vaksin COVID-19 dari sekurang-kurangnya 10 negara berisiko rendah, yang tiba melalui perkhidmatan udara dikecualikan daripada menjalani kuarantin, mulai 1 November.

Negara berisiko rendah itu termasuk United Kingdom, Singapura, Jerman, China dan Amerika Syarikat.

Setakat ini, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) belum memuktamadkan senarai berkenaan.

Namun, media tempatan melaporkan terdapat lebih 10 negara termasuk dalam senarai itu. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad