web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Durian Cetus Kekecohan Di Canberra, Disangka Gas Bocor

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 9:52AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada waktu tengahari semalam, sekumpulan anggota bomba telah dikejarkan ke kawasan kejiranan di Canberra, Australia bagi mengesan sumber bau seakan gas bocor, selepas menerima laporan daripada penduduk di situ.

Pada masa sama, salah seorang penduduk Canberra, Phuong Tran bergurau di media sosial, mungkin punca bau berkenaan disebabkan ada yang makan durian.

Sejam selepas itu, pasukan bomba mengesahkan gurauan Tran itu.

Ketika mereka menjalankan operasi mengesan bau berkenaan, mereka dimaklumkan oleh pemilik sebuah kedai bahawa sumber bau berkenaan adalah dari buah durian.

“Selepas siasatan riangkas, kru mengesahkan bau itu adalah dari durian,'' kata pasukan bomba ketika mengemas kini Facebook dan twitter mereka.

Dalam pada itu, Tran ketika ditemubual berkata, dia meneka buah durian sebagai punca bau tersebut selepas mengetahui laporan kebocoran gas itu dibuat di Dickson.

Dickson adalah satu kawasan yang mempunyai banyak restoran dan kedai runcit milik orang Asia.

Pada 2018, hampir 500 pelajar dan guru dari Royal Melbourne Institute of Technology telah dikosongkan dari kampus mereka selepas mendapat laporan mengenai kebocoran bahan kimia.

Rupa-rupanya bau berkenaan adalah disebabkan durian yang sudah beberapa hari ditinggalkan di dalam almari. - The Washington Post

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad