web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Sasar Berikan 1 Juta Dos Vaksin COVID-19 Sehari

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 7:23AM

Seorang petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Sinovac kepada pekerja asing di pusat vaksinasi Universiti Prince of Songkla di Pattani, Thailand. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand menyasarkan untuk menyuntik sehingga satu juta dos vaksin COVID-19 dalam sehari bagi meningkatkan liputan vaksinasi berikutan rancangan negara ini untuk membuka kembali destinasi pelancongan kepada pengembara lengkap divaksin.

Pemberian vaksin itu termasuk suntikan dos penggalak kepada penerima dua dos vaksin keluaran Sinovac Biotech.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata Thailand dijadual menerima 15 juta dos vaksin COVID-19 bulan ini dan tambahan 20 juta dos bulan depan.

“Kami berharap dapat memberikan satu juta dos sehari termasuk suntikan penggalak,” katanya.

Setakat ini, dalam sehari Thailand memberikan antara 600,000 hingga 800,000 dos vaksin.

Negara ini menyasarkan menyuntik 4.5 juta pelajar berusia 12 hingga 17 tahun dengan vaksin Pfizer-BioNTech pada Oktober.

Thailand sudah memberikan suntikan kira-kira 47.3 juta dos vaksin sejak program vaksinasi bermula 28 Februari lalu.

Sementara itu, kes COVID-19 menurun di bawah angka 12,000.

Sejak 24 jam lalu, negara ini mencatatkan 11,975 kes baharu dan korban seramai 127 orang,   menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 1,549,285 dan 16,143 kematian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad