web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Melbourne Tahan 200 Penunjuk Perasaan, Bantah Sekatan COVID-19

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 12:28PM

Polis menggunakan penyembur lada ke atas seorang penunjuk perasaan yang menyertai protes membantah sekatan COVID-19 di Melbourne, pada Rabu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SYDNEY - Polis telah menahan lebih 200 orang yang terlibat dalam protes di bandar Melbourne, selepas mereka membaling objek kepada pihak berkuasa, menyebabkan dua anggota polis cedera pada Rabu.

Protes yang diadakan itu masuk hari ketiga, sebagai membantah langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mengawal pandemik COVID-19.

Bola golf, bateri dan botol merupakan antara objek yang dibaling ke arah polis oleh penunjuk perasaan, yang melanggar arahan tidak keluar rumah, susulan peningkatan COVID-19 di Victoria.

Polis menjangkakan lebih banyak protes akan diadakan dalam masa beberapa hari, kata Timbalan Komisioner Ross Guenther, sambil menambah sesetengah penunjuk perasaan sendiri tidak jelas dengan motif protes berkenaan.

"Kami mempunyai banyak sumber, kami akan mengubah taktik kami esok, jika itu yang perlu kita lakukan, tetapi sudah tentu, mesej saya adalah, 'jangan datang ke bandar,'' kata Guenther.

Terdahulu, pihak berkuasa dan pegawai kesatuan memaklumkan, protes berkenaan turut disertai oleh ekstrimis dan kumpulan sayap kanan.

"Terdapat sesetengah daripada mereka yang boleh dikatakan daripada industri pembinaan," kata Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews.

"Terdapat juga di kalangan mereka yang bukan....mereka berada di situ bukan untuk protes, mereka berada di situ untuk bergaduh, berpura-pura memprotes.''

Ramai penunjuk perasaan berdepan denda A$5,000 ($3,626) kerana melanggar peraturan COVID-19.

Ada sesetengah penunjuk perasaan enggan bercakap dengan wartawan dan melaungkan 'berita palsu' apabila dihampiri. Ada yang memegang kain rentang dengan slogan 'tamatkan kurungan sekarang!'

Sydney dan Melbourne, serta Canberra, telah dikenakan sekatan selama berminggu-minggu untuk membendung penularan varian Delta. - Reuters

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad