web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biden Sifatkan Angka Korban COVID-19 Di AS Sebagai Memilukan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 9:10AM

Biden berucap dalam perutusan nasional berkenaan jumlah kematian COVID-19. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dengan penuh emosi menyifatkan jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu yang sudah melebihi 500,000 orang sebagai sangat 'memilukan' justeru beliau mendesak rakyatnya bersatu melawan pandemik berkenaan.

“Saya faham apa yang kamu alami,” kata Biden dalam perutusan nasional yang disiarkan di televisyen, merujuk kepada sejarah tragedi keluarganya yang panjang.

“Saya meminta semua rakyat Amerika mengingati mereka yang sudah meninggal dan kaum keluarga yang mereka tinggalkan.

“Saya juga ingin meminta semua untuk sentiasa berwaspada, mengekalkan penjarakan sosial, gunakan pelitup muka dan dapatkan suntikan vaksin,” tambah Biden.

Biden yang ditemani isterinya Jill, Naib Presiden AS Kamala Harris dan suaminya Doug Emhoff, kemudiannya bertafakur di depan 500 lilin yang mewakili jumlah kematian COVID-19 di depan White House.

Pancaragam Tentera Laut AS turut memainkan lagu “Amazing Grace”.

Sebelum itu, bendera dikibarkan separuh tiang di White House, bangunan Persekutuan di seluruh negara serta di kedutaan AS di seluruh dunia.

Jumlah kematian COVID-19 AS adalah yang tertinggi di dunia.

Biden mengajak rakyat AS untuk berkabung dan mengingati mereka yang telah pergi selain cekal menghadapi pandemik ini.

“Sebagai sebuah negara, situasi ini tidak boleh dibiarkan berterusan.

“Kita harus menamatkan fahaman politik dan penyebaran maklumat palsu yang telah memecah-belahkan komuniti kita.

“Kita harus bersatu dan memerangi wabak ini bersama,” kata Biden. - AFP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran