web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Umum Langkah Campur 2 Vaksin COVID-19

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 8:17AM

Seorang wanita menerima dos AstraZeneca dalam Unit Vaksin Bergerak yang beroperasi dari dalam bas di Bangkok. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand akan melaksanakan pelan vaksinasi menggunakan kaedah campuran (mix and match) dua jenis vaksin COVID-19, seawal Oktober dalam usaha negara ini membendung penularan wabak itu.

Pengarah Bahagian Berita Jabatan Penerangan Kementerian Luar Pensom Lertsithichai berkata, mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha bersetuju dengan pelan vaksinasi itu.

Beliau berkata Thailand akan meneruskan pelan itu, selepas berunding dan mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan Awam dan kaedah itu mencampurkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca, Sinovac dan Pfizer-BioNTech serta AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech.

"Kita melakukan perubahan pada vaksinasi ini (campuran vaksin) pada akhir September, kerana akan menerima sejumlah besar vaksin mRNA, Pfizer-BioNTech yang kita beli dan akan kita gunakan," katanya pada sidang media di sini semalam.

Sementara itu, Pensom berkata Thailand akan menawarkan suntikan penggalak atau booster kepada mereka yang telah menyelesaikan dua dos vaksin COVID-19 Sinovac, seawal bulan ini.

Mereka yang telah menerima dua suntikan Sinovac sejak Mac hingga Mei akan menerima booster.

"Mereka akan menerima vaksinasi booster AstraZeneca atau Pfizer-BioNTech ... kita mulakan secepat mungkin, dijangka pada akhir September atau awal Oktober," katanya.

Bermula pertengahan Julai, Thailand telah memberikan suntikan vaksin mRNA yang diimport kepada petugas barisan hadapan yang sebelum ini menerima Sinovac.

Thailand melanjutkan sekatan COVID-19 termasuk perintah berkurung waktu malam selama tujuh jam sehingga 30 September, di Bangkok dan 28 wilayah di bawah  'zon merah gelap', dalam usaha memastikan kes jangkitan menunjukkan trend penurunan. 

Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 14,403 kes baharu COVID-19 dan 189 kematian, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 1,352,953 dan 13,920 kematian. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar