web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Enjin Pesawat United Airlines Meletup Di Udara

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 9:16AM

Enjin pesawat United Airlines penerbangan 328 berasap selepas meletup di udara. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BROOMFIELD - Enjin pesawat United Airlines penerbangan 328 meletup di udara dan menyebabkan serpihan jatuh di atas sebuah rumah.

Susulan itu, pesawat Boeing 777 itu, yang dalam perjalanan ke Hawai, terpaksa berpatah balik dan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver.

Media tempatan melaporkan ia membawa seramai 241 orang termasuk 10 kru. 

Penumpang yang ketakutan memaklumkan pesawat itu bergoyang kuat selepas enjinnya meletup.

Namun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Serpihan dari enjin pesawat United Airlines menghempas rumah penghuni Broomfield, Denver.
Serpihan dari enjin pesawat United Airlines menghempas rumah penghuni Broomfield, Denver.

Dalam pada itu, saksi melaporkan mendengar bunyi letupan kuat di ruang udara Broomfield, Denver dan Colorado kira-kira 1.30 petang waktu tempatan. Penduduk yang ketakutan melarikan diri bagi menyelamatkan diri dari ditimpa serpihan enjin pesawat tersebut.

Seorang penumpang pesawat itu dalam ciapan twitter memberitahu: 

'''Saya berada dalam  #UA328, juruterbang melakukan yang terbaik kerana keadaan di belakang ini amat kuat, bergegar dan sangat menakutkan.

“Krew penyelamat sedang membawa kami keluar dari landasan,” tambah lelaki itu.

Manakala seorang wanita yang berada di taman, menyaksikan cebisan enjin pesawat itu jatuh ke bumi.

Gambar diambil seorang penumpang pesawat United Airlines menunjukan enjin yang sedang terbakar selepas meletup.
Gambar diambil seorang penumpang pesawat United Airlines menunjukan enjin yang sedang terbakar selepas meletup.

“Kami sedang berada di taman bila kami mendengar bunyi dentuman yang kuat, selepas itu cebisan enjin mula jatuh,” katanya.- Mirror Online

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran