web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


India, Taliban Berunding Di Qatar

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 7:54AM

Seorang wanita dari Afghanistan yang menetap di India mengambil bahagian dalam protes di luar pejabat UNHCR di New Delhi pada 23 Ogos lalu. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - India dan Taliban berunding mengenai beberapa isu, di Doha, Qatar pada Selasa ketika tentera Amerika Syarikat (AS) melengkapkan proses pengunduran mereka dari Afghanistan.

Rundingan berlangsung antara Duta India ke Qatar, Deepak Mittal dengan Ketua Pejabat Politik Taliban di Doha, Sher Mohammad Abbas Stanikzai, tertumpu berhubung isu keamanan, keselamatan dan proses membawa pulang rakyat India yang masih terkandas di Afghanistan, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar India.

“Mesyuarat berlangsung di Kedutaan India, Doha, atas permintaan pihak Taliban,” menurut kenyataan itu.

India menyatakan, ia membangkitkan beberapa isu termasuk menuntut jaminan supaya  bumi Afghanistan tidak seharusnya dijadikan medan sebarang aktiviti anti-India dan sebarang bentuk keganasan lain dan menurut pegawai Taliban ‘isu itu akan ditangani secara positif’.

Sebelum tarikh akhir 31 Ogos untuk pengunduran tentera AS dari Afghanistan, India sudah pun membawa keluar ratusan rakyatnya dari negara itu termasuk kakitangan diplomatik.

“Penilaian secara keseluruhan yang kami buat adalah, kebanyakan warga India yang mahu pulang, sudah pun berjaya dibawa keluar,” kata jurucakap Kementerian Luar India pada Jumaat lalu.

Tidak diketahui berapa ramai rakyat India masih berada di Afghanistan.

India menjalin hubungan rapat dengan pentadbiran Ashraf Ghani yang disokong AS, sebelum Kabul  dikuasai Taliban pada 15 Ogos lalu.

Baru-baru ini, media India melaporkan, Stanikzai berlatih di Akademi Tentera India di Dehradun pada 1980-an. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad